Posts

Showing posts with the label Panas

#BIOR BETIK ~ Chef Wan akan masuk penjara?

Image
Instagram Chef Wan   CHEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akan masuk ke penjara tidak lama lagi.  Pengakuan itu ditulis sendiri Chef Wan di dalam akaun Instagramnya.  “Pagi ini saya menerima tawaran daripada produser eksekutif Discovery Travel and Living yang menjemput saya menjadi hos mereka untuk program terbaharu mereka.  “Mereka mahu saya melawat empat buah penjara yang terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara. Bukan hanya masak, tetapi saya perlu menyelami kehidupan penghuni ini,” katanya.  Mengakui ia tawaran itu menarik namun ia sedikit menakutkannya.  “Saya ada katakan pada mereka, sebelum ini saya pernah bekerja BBC 2 Talkshow bersama Misal Hussein dan berharap keselamatan saya dijaga dengan baik.  “Dalam setiap masakan saya itu nanti, tidak boleh ada terung atau timun. Ia benar-benar cabaran untuk saya,” tulisnya yang menerima tawaran tersebut.  Menganggap ia cabaran baharu buatnya, Chef Wan berkata ...

#PANAS ~ Aliff Aziz mengaku bersalah keluar dengan Afifah Nasir

Image
ARTIS, Aliff Aziz (kiri) bernama Isteri, Bella Astillah pada sidang media berhubung insiden rumah tangga mereka baru-baru ini di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong. - Foto Osman Adnan   Pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, mengaku bersalah menyakitkan hati isterinya, Bella Astillah, apabila keluar dengan pelakon baharu, Afifah Nasir.  Malah, bintang kelahiran Singapura itu turut meminta maaf kepada isteri, ahli keluarga dan peminat kerana kesalahannya itu.  Beliau juga mengharapkan pelakon wanita berkenaan, yang juga adik kepada Anzalna Nasir, akan melakukan tindakan sama sepertinya.  "Saya dan dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika saya boleh mengaku kekhilafan diri dan memohon maaf, sekali gus berdepan dengan semua pihak termasuk keluarga dan rakan media, dia juga sewajarnya melakukan perkara sama andai berasakan dirinya bersalah.  "Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. Kita sama-sama buat silap dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya...

#HOT~Zizan bukan kekasih saya - Mira Filzah

Image
Mira Filzah   Pelakon popular, Mira Filzah menegaskan dia masih solo dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.  Menafikan gosip yang mengatakan dia dilihat semakin rapat dengan pelawak itu, Mira berkata, hubungan mereka hanya sekadar teman sesama industri dan tidak lebih daripada itu.  Baru-baru ini, mereka dilihat berdua-duaan membuat laporan polis setelah pelakon Cinta Si Wedding Planner itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan kecil.-UTUSAN ONLINE