Posts

Showing posts with the label Nur Sajat

#SENSASI ~ Dulu Jakim, Kini JPN Pula ‘Sangkut’ Isu Jantina Sajat

Image
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung status jantina sebenar jutawan kosmetik, Nur Sajat.  Memetik sumber, difahamkan langkah itu diambil selepas sebuah rakaman video memaparkan perbualan antara penulis tersebut dengan seorang pegawai JPN menjadi tular di laman sosial pada Isnin.  Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah memberitahu bahawa setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan disiasat. Tak Layan Komen Netizen, 'Rahsia' Sajat Kekal Bahagia   Pun begitu, beliau berkata pihak JPN bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini.  “JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular.  “Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” katanya d...

#ISU PANAS ~ Tak Tahan Dicemuh, Nur Sajat Mula Jujur Isu Jantinanya…

Image
Nur Sajat Fariz Kamaruzaman ataupun ada yang mengenali ‘wanita’ ini dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 32, bukanlah nama yang asing lagi sekarang ni.  Semua orang bahkan masih lagi tertanya-tanya tentang misteri jantina ‘wanita’ ini yang bergelar usahawan kosmetik tempatan berjaya.  Macam-macam story dah naik tentang Sajat… Antaranya, netizen cuba untuk siasat jantina Sajat,  Sajat tak boleh masuk Brunei,  Sajat mengaku khunsa,  Sajat mengaku pondan  dan macam-macam lagi lah! Kesian Sajat, mesti penat nak explain dekat netizen semua yang dia ni sebenarnya ‘perempuan’! Baru-baru ni Sajat ada memuat naik sebuah video sebagai bukti dirinya seorang wanita.  Tapi sayangnya, video yang berdurasi 59 saat itu telah dibuang beberapa jam selepas itu. Jangan ingat lepas Sajat dah buang, tak ada orang yang sempat save video tu.    Dalam video tu, kita boleh nampak yang Sajat sangat bersungguh untuk meyakinkan netizen tentang kekeliruan jantinan...

#KONTROVERSI ~ Berang jantina dipersoal, Sajat muat naik video

Image
SUSULAN banyak spekulasi timbul dan ramai netizen tampil dengan pelbagai bukti kononnya Nur Sajat merupakan seorang lelaki, usahawan kosmetik terkenal itu memuat naik sebuah video bagi membuktikan dirinya seorang wanita. Video berdurasi 59 saat tersebut dimuat naik di laman sosial miliknya  sebelum dibuang beberapa jam selepas itu.  Bagaimanapun terdapat pihak memuat naik semula video tersebut di laman Youtube.  Di dalam video itu, Nur Sajat dilihat ingin membersihkan namanya, dengan harapan orang ramai akan berhenti mempersoalkan jantinanya.  "Sorry, (maaf) kita perempuan okay!" katanya di dalam video tersebut.  Terdahulu, isu nama sebenarnya yang menjadi tular di laman sosial apabila ada yang mendakwa nama sebenar Nur Sajat adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sehingga mencetuskan spekulasi mengenai jantinanya.[SH]