Posts

Showing posts with the label Amyra Rosli

#TAHNIAH ~ Pelakon Amyra Rosli, Amar Baharin timang anak lelaki

Image
PELAKON Amyra Rosli dan Amar Baharin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira 12 tengah hari semalam.  Amyra dan Amar saling berkongsi berita kelahiran putera mereka di laman Instagram dengan memuat naik foto tangan bayi berkenaan.  Foto tersebut diiringi ucapan syukur dan doa memohon perlindungan untuk anak mereka. "Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulis Amyra.  Amyra merupakan puteri kepada Rosli Awang, Timbalan Ketua Jurufotografi, Meja Foto Bernama. Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016.  Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata Amyra bersalin secara normal pada 12.07 tengah hari selepas dimasukkan ke Prince Court Medical Centre di sini pada 12 tengah malam.  Beliau turut melahirkan rasa gembira atas kelahiran cucu sulungnya itu.  “Alhamdulillah semuanya selamat berkat doa daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat Amyra dan Amar," katanya. – Bernama

#HOT~Dazrin Belum Sedia Bercinta Selepas Putus Tunang Amyra Rosli

Image
Dazrin yakin sudah mampu kawal emosi.   PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita selepas kegagalan pertunangannya dengan aktres Amyra Rosli. Dazrin, 28, berkata, keadaan emosi yang baharu sahaja pulih selepas majlis pernikahan dengan pelakon itu dibatalkan kira-kira lebih setahun lalu membuatkan dia sendiri belum bersedia mencari pengganti. "Selepas kegagalan hubungan dahulu hati saya belum terbuka lagi, pernah juga mencuba untuk mengenali wanita lain tetapi entah mengapa tidak menjadi.|  "Nantilah jika sudah benar-benar stabil dan kerjaya saya sudah kembali seperti dahulu mungkin saya lebih yakin untuk jaga anak orang," ujarnya kepada mStar Online.  Dazrin yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Amyra Rosli pada 8 Ogos 2014 terpaksa membatalkan hasrat berkenaan pada saat-saat akhir kerana masalah yang dirahsiakan. Saat-saat indah Dazrin dan Amyr...