#DOA ~ Yazit Search Dimasukkan Ke Hospital Di Brunei Ketika Bersiap Nak Naik Pesawat

"Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian. "Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. "Dia terus dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan," kata isteri kepada Yazit Ahmad yang juga bekas pemain dram kumpulan Search, Ramlah Mat. Dalam pada itu, isteri Yazit ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya itu agar dapat kembali ke Malaysia segera. Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput. Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah. "Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan. "Sepatutnya sudah boleh keluar h...