Posts

Showing posts with the label AC Mizal

#SYIOK TV ~ Afdlin Shauki dan AC Mizal tubuh stesen TV sendiri bukan kerana kecewa

Image
BAGAIKAN mimpi, tapi itulah yang akan menjadi kenyataan apabila gandingan Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal bakal muncul dengan stesen televisyen sendiri iaitu Syiok TV .  Bakal bersiaran pada penghujung tahun ini, Syiok TV mempunyai tiga saluran dengan konsep berbeza iaitu komedi, pelbagai dan inspirasi.  Selaku pengasas, dua sahabat baik ini begitu optimis stesen televisyen ini akan dapat membantu golongan artis dalam industri seni hiburan tempatan.  "Kita tahu, ramai artis yang mempunyai idea bernas. Apabila ia disampaikan ke stesen TV yang akhirnya diangkat hingga berjaya, hak harta intelek (IP) yang bukan lagi milik artis.  "Karya mereka dibayar secara terus dan artis tidak boleh guna lagi. Kami tidak seperti penyanyi yang mendapat royalti apabila lagu diputarkan," katanya pada sidang media khas semalam di Restoran Comedy Planet, miliknya.  Menurut Afdlin lagi, kerana sayangkan karya itu, Afdlin bersama AC menubuhkan stesen TV ini.  "Niat kami untuk me...