Posts

Showing posts with the label Artis Hollywood

#SPEKULASI ~ Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab

Image
PELAKON bermasalah yang pernah digelar “wild child” Hollywood satu ketika dahulu, Lindsay Lohan, dikatakan bakal mengeluarkan jenama hijabnya sendiri dalam masa terdekat ini.  Spekulasi mengenai kerjaya baru Lohan ini mula bertebaran apabila dia memuat naik gambarnya berselendang dengan memaparkan matanya beserta kapsyen, “Jenama fesyen terbaru akan datang.”   Para peminat mula ‘naik syeikh’ dan mengandaikan selendang yang dipakai Lohan itu merupakan salah satu daripada koleksi hijab yang bakal diperkenalkan olehnya nanti.  Tidak kurang juga ada peminat Muslim Lohan yang gembira pelakon seksi itu mula kerap dilihat mendekatkan diri dengan gaya hidup Islamik seperti memakai tudung dan membaca al-Quran.  Bulan lalu, Lohan mendakwa dia telah dilayan dengan buruk di Lapangan Terbang Heathrow,London hanya kerana memakai hijab di tempat awam.  “Semasa saya mahu terbang ke New York baru-baru ini, saya memakai hijab dan telah ditahan di lapangan terbang dan melalu...

#BOX OFFICE ~ “Terima Kasih Malaysia Sebab Jumanji Laris” – The Rock

Image
LOS ANGELES – Aktor The Rock memuat naik video beliau terharu filem sekuel Jumanji berjaya disenaraikan sebagai ketiga terlaris di Malaysia walhal ia baru memasuki minggu kedua tayangan.  Malaysia ujar pelakon utama filem Jumanji: Welcome to The Jungle itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya merujuk negara Asia tenggara tersebut mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.  “Terima kasih Malaysia! #Jumanji sudah menjadi filem ketiga paling laris, mungkin juga nanti boleh jadi filem yang terlaris, siapa tahu? Saya dan Malaysia sudah ‘kenal’ lama sejak zaman saya sebagai ahli gusti dahulu.  “Malah ada beberapa aksi pertarungan (perlawanan gusti) yang tidak dapat dilupakan di Kuala Lumpur, selamanya saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” kata The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson. Menerusi laman sosial itu, antara negara lain yang menerima penghargaan daripada bekas ahli gusti profesional popular Amerika Syarikat sejak 1996 terse...

#HEBAT ~ Mr Bean bakal timang anak di usia 62 tahun

Image
PELAKON yang popular dengan watak Mr Bean, Rowan Atkinson bakal bergelar bapa di usia 62 tahun, lapor mirror.co.uk   Komedian itu dan pasangannya, Louise Ford, 33, kini sedang menanti kelahiran anak pertama mereka itu.  Ini merupakan cahayamata ketiga Atkinson yang sebelum ini mempunyai dua anak berusia 23 tahun dan 21 tahun iaitu Ben dan Lily dalam perkahwinan terdahulunya bersama Sunetra Sastry.  Pasangan tersebut bertemu semasa berlakon bersama pada 2012 dan mula bercinta setelah Atkinson berpisah dengan isterinya pada 2014.

#LENSA KAMERA ~ Perkembangan kehidupan terkini anak Michael Jackson

Image
PARIS dan Prince Jackson sudah menempuhi banyak perkara di usia yang sangat muda namun mereka berdua kekal menyokong antara satu sama lain.  Sudah berada di lensa kamera sejak bayi lagi, mereka berterusan diburu paparazi berikutan mempunyai seorang ayah yang dikatakan lagenda pop dalam industri hiburan.  Baru-baru ini, anak kepada penyanyi pop popular, Michael Jackson ini kelihatan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka hujung minggu lalu lapor E News!  Prince memuat naik satu gambar bersama kakaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka,Siggy Jackson iaitu anak kepada salah seorang ahli Jackson Five, Jackie Jackson. "Satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada perkahwinan Siggy Jackson, bersama kakak saya, Paris," tulis remaja berusia 20 tahun itu.  Majlis tersebut diadakan di Jackson Estate, Encino Calif Ahad lalu.  Ternyata hubungan kedua-dua beradik itu akrab apabila Prince sebelum ini turut memuat naik gambarnya bersama Paris men...

#POPULAR ~ Justin Bieber kumpul 100 juta pengikut di Twitter,kedua selepas Katy Perry

Image
Sebelum ini, Justin juga mengakui dia sudah lama menggunakan Twitter sebagai salah satu cara berhubung dengan peminat dan mempromosikan lagu terbaharu.  PENYANYI Justin Bieber mencipta rekod tersendiri apabila menjadi selebriti kedua yang meraih 100 juta pengikut di akaun Twitter.  Menerusi laporan Daily Mail, Justin merupakan individu kedua mempunyai pengikut teramai selepas penyanyi, Katy Perry menjadi individu pertama meraih 100 juta pengikut pada pertengahan Jun lalu.  Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak Twitter dalam satu kenyataan dan mengucapkan tahniah diatas pencapaian itu dengan menggunakan hashtag #100MBeliebers selain mewujudkan emoji khas kepada Justin.  Pihak Twitter juga telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Bieber sejak dia menyertai Twitter pada Mac 2009.  Sebelum ini, Justin juga mengakui dia sudah lama menggunakan Twitter sebagai salah satu cara berhubung dengan peminat dan mempromosikan lagu terbaharu.  Setakat ini, terdap...

#JACKIE CHAN ~ Pelakon Lagenda Seni Bela Diri Yang Tidak Tahu Membaca Dan Menulis

Image
Tak perlu nak kenalkan lagi siapa Jackie Chan. Semua orang mengenali lagenda seni bela diri dan pelakon hebat dan tangkas ini. Walaupun bertubuh kecil, ia bukanlah penghalang kepada Jackie Chan untuk berjaya dalam industri lakonan sehingga menembusi Hollywood. Beliau yang tak boleh membaca, adalah contoh kepada masyarakat bahawa usaha dan kegigihan mampu membuahkan kejayaan. Jackie Chan dilahirkan pada 7 April 1954 di Hong Kong kepada bapanya Charles dan ibunya Lee-lee Chan. Ketika dilahirkan, bapanya yang tak mampu membayar kos pembedahan terpaksa meminjam daripada rakan, dan menolak tawaran doktor untuk mengambil Jackie Chan sebagai bayaran. Bapanya merupakan seorang tukang masak di kedutaan Perancis di Hong Kong manakala ibunya seorang pembantu rumah. Semasa zaman kanak-kanaknya, kehidupan Jackie Chan dihimpit kemiskinan yang sangat teruk. Bapa beliau akan mengejutkan awal pagi dan mereka akan berlatih kung fu bersama-sama. Charles percaya dengan belajar kung fu, ia akan membantu...

#KENANGAN ~ ‘Kehidupan dongeng kami bertukar tragedi’ - Isteri Vokalis Linkin Park

Image
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat satu dunia bersedih dengan kematian mengejut vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, individu paling terasa kehilangannya tentu sekali isterinya, Talinda, lapor Huffington Post.  Seminggu selepas kematian suaminya, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkongsi kesedihannya bersama umum.  “Seminggu yang lalu, saya kehilangan orang tersayang dan anak-anak saya kehilangan hero dan ayah mereka. Kami mempunyai kehidupan dongeng yang kemudiannya bertukar menjadi tragedi drama Shakespeare.   “Bagaimana saya mahu meneruskan kehidupan?  Macam mana ingin menyembuhkan luka di hati saya?  “Hanya satu jawapan yang saya tahu iaitu membesarkan anak-anak kami dengan segala kasih-sayang yang masih ada dalam diri,” katanya.  Bennington yang ditemui mati di rumahnya di Los Angeles meninggalkan seorang isteri dan enam anak.  Talinda berkata, dia berasa bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada ...

#VIDEO ~ ‘Gangnam Style’ Oleh PSY Tidak Lagi Nombor 1 Kini 'See You Again'

Image
VIDEO muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan kegilaan menari di peringkat global dan tular hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.  Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’ , persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.  Pencapaian ‘Gangnam Style’ , yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, PSY yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.  Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.  Lewat kelmarin, ‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again’ . – Reuters/myMetro Online

#CINTA ARTIS~Selena Gomez Beri Peluang Kedua Buat Justin Bieber

Image
SELENA Gomez dilaporkan masih mencintai bekas kekasihnya Justin Bieber selepas dia dilihat menghadiri konsert penyanyi itu baru-baru ini.  Penyanyi itu mahu memberi peluang kedua kepada Justin untuk memperbaiki hubungan mereka yang putus sebelum ini.  "Dia mahu bersama Justin dan masih sayangkannya," kata sumber seperti dilaporkan Hollywood Life.  Dalam pada itu, sumber itu turut memberitahu, Selena berharap mereka dapat menghabiskan masa bersama bagi memperbaiki hubungan mereka selepas kedua-duanya tamat konsert jelajah.  "Selena tidak akan berkorban demi lelaki dan sehingga sanggup melupakan kariernya dan hanya akan memberi peluang kepada Justin selepas mereka berdua lapang.  "Setakat ini mereka berdua sedang sibuk dengan konsert jelajah masing-masing," katanya.[mStar]