#IMPIAN~Diana Danielle mahu jadi penyanyi pula
MESKIPUN sibuk menguruskan keluarga, model dan pelakon jelita, Diana Danielle tidak melupakan impiannya untuk bergelar penyanyi, satu hari nanti. Bahkan, selebriti berusia 25 tahun ini turut meletakkan harapan tinggi untuk merakamkan album, tidak lama lagi. "Buat masa ini, saya sudah merakamkan dua lagu. Insya-ALLAH, ia akan dilancarkan tidak lama lagi. "Saya merancang mengeluarkan single demi single terlebih dahulu sebelum mengumpulkannya dalam satu album. "Saya sendiri yang mengeluarkan dana bahkan saya juga tidak hanya berfokus kepada satu-satu genre," katanya. Malah, isteri kepada aktor Farid Kamil ini mengakui menyanyi merupakan impiannya sejak kecil. "Sejak kecil saya mahu jadi penyanyi namun, rezeki saya lebih terarah kepada bidang lakonan. "Tapi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bergerak aktif dalam bidang nyanyian memandangkan ia lebih fleksibel dengan keadaan saya. "Lagipun, pada saya menyanyi bukan hanya sekadar kerjaya s...