Posts

Showing posts with the label Che Ta

#WOWW ~ Hadiah Hari Lahir Buat Aaisyah Dhia Rana ,Bercuti Ke Eropah

Image
ANAK pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin sering menjadi tumpuan kerana keletah serta aksinya yang comel mencuit hati netizen.  Tanggal 1 November lalu, genaplah usia tiga tahun si comel ini dan sudah pasti hadiah daripada kedua-dua ibu bapanya yang paling ditunggu-tunggu.  Mana tidaknya, Che Ta dan Zain akan membawa puterinya itu bercuti di Eropah! Khabarnya mereka akan bercuti di sana selama 10 hari dan akan melawat beberapa tempat menarik di London, Paris dan Geneva.  Menurut teraju utama drama Kak Marr ini, percutian ke luar negara itu sepatutnya berlangsung pada tahun lepas, namun hasratnya itu tidak kesampaian akibat masalah tunggakan cukai.  Jadi, Che Ta ingin menebus semula pada tahun ini dengan membawanya serta jurugambar dan seorang teman. Mereka telahpun berlepas pada malam tadi.  “Akhirnya dapat juga bawa Aaisyah bercuti ke luar negara sempena ulang tahun kelahirannya. Tahun lalu hasrat berkenaan tidak menjadi apabila saya disekat daripad...

#HOT~"Gila Ke Saya Pakai Seluar Koyak Tapi Bertudung?" - Che Ta

Image
Rozita enggan layan komen negatif peminat laman sosial.   PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menegaskan dia memahami apa yang dilakukan selama ini khususnya mengenai cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.  Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata, dia enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata. ARTIKEL BERKAITAN: #PANAS~Che Ta Dikecam Netizen Kerana Memakai Jeans Koyak Di Lutut Pula   "Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini.  "Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat... itu yang penting," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Foto yang menerima kritikan di laman Instagram Rozita Che Wan.  Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas dikritik netizen gara-gara satu gambar yang dimuat naik di Instagram pada malam Is...

#PANAS~Che Ta Dikecam Netizen Kerana Memakai Jeans Koyak Di Lutut Pula

Image
Sebelum ini Rozita Che Wan mungkin dikritik kerana memakaikan anaknya baju bergambar anjing, kini beliau sekali lagi mengundang kemarahan orang ramai dengan memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya yang menunjukan beliau memakai seluar jeans koyak dibahagian lutut. Tindakan itu sekaligus membuatkan ruangan komen dibanjiri ratusan komen mengecam gaya pemakaian pelakon itu yang dilihat sangatlah tidak bersesuaian dengan imejnya yang kini sudah bertudung. Malah ada juga yang berpendapat, jika beliau memakai legging sekali pun tidak perlu memakai warna yang seakan warna kulit.  Rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan Che Ta yang hanya menutup bahagian atas badannya sahaja tetapi tidak pada bahagian kakinya yang terdedah hingga menampakkan warna kulit. Tidak kurang juga sebahagian daripada peminatnya cuba befikiran positif dengan menyangka ianya hanyalah stokin sehingga wujud pergaduhan sesama mereka.  Buat masa ini, Che Ta masih tidak memadam gambar tersebut dan di...