Posts

Showing posts with the label Bisnes

#OWHH ~ 'Kalau makan aiskrim memanglah kena begitu...' : Kak KM

Image
Aksi makan aiskrim Kak KM bersama Iqram Dinzly yang mendapat kecaman   KERAP tampil dengan aksi ghairah, pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM mengakui sudah ‘masak’ dengan kecaman netizen.  Bahkan, anak kepada artis veteran, Normah Damanhuri ini lebih selesa untuk tidak mengambil pusing setiap kata-kata yang dilemparkan netizen.  “Saya dah banyak kali kena kecam. Jadi, saya memang dah tak ada rasa apa-apa. Saya pun malas nak layan,” katanya pada Sinar Harian.  Terbaru, pemilik produk jamu kecantikan, Sweet Dara ini memuat naik video sedang makan aiskrim bersama pelakon, Iqram Dinzly dalam aksi yang dianggap menggiurkan sehingga diselar netizen.  Video berdurasi 60 saat itu dipercayai dirakamkan ketika mereka mengunjungi majlis malam berinai, Betty Rahmad di Kuala Lumpur.  “Sebenarnya, kita memang tak rancang pun nak buat video macam itu. Tapi, biasalah kalau makan aiskrim memanglah kena begitu,” katanya. ...

#WOW HEBAT ~ Baju "Pok Ya Cong Codei" laris macam pisang goreng panas

Image
Sabri bersama peminat yang membeli baju Pok Ya Cong Codei keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma.   Pok Ya Cong Codei terus mencetuskan fenomena apabila baju T eksklusif berdasarkan telefilem itu laris terjual bak ‘pisang goreng panas’ sejak mula dipasarkan, Selasa lalu.  Sehingga hari ini, lebih 2,000 helai baju keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma yang mendapat lesen hak cipta daripada pengarah dan pelakon utama telefilem itu, Sabri Yunus dan syarikat produksi, Balang Rimbun, dijual.  Pengasas akademi, juga pengurus jualan produk itu, Muhd Sulhie Yusof berkata, selain sambutan luar biasa untuk baju T, pihaknya turut menerima permintaan tinggi dari seluruh negara untuk menjadi ejen jualan.  “Sekarang kita ada seramai 15 ejen jualan sah meliputi hampir 30 lokasi seluruh negara yang menjual secara terus dan ada juga jual melalui online,” katanya, semalam.  Menurutnya, pelancaran secara rasmi baju itu akan di-buat oleh Sabri di Kota Bharu pada 22 Febr...

#SPEKULASI ~ Lindsay Lohan Bakal Lancar Jenama Hijab

Image
PELAKON bermasalah yang pernah digelar “wild child” Hollywood satu ketika dahulu, Lindsay Lohan, dikatakan bakal mengeluarkan jenama hijabnya sendiri dalam masa terdekat ini.  Spekulasi mengenai kerjaya baru Lohan ini mula bertebaran apabila dia memuat naik gambarnya berselendang dengan memaparkan matanya beserta kapsyen, “Jenama fesyen terbaru akan datang.”   Para peminat mula ‘naik syeikh’ dan mengandaikan selendang yang dipakai Lohan itu merupakan salah satu daripada koleksi hijab yang bakal diperkenalkan olehnya nanti.  Tidak kurang juga ada peminat Muslim Lohan yang gembira pelakon seksi itu mula kerap dilihat mendekatkan diri dengan gaya hidup Islamik seperti memakai tudung dan membaca al-Quran.  Bulan lalu, Lohan mendakwa dia telah dilayan dengan buruk di Lapangan Terbang Heathrow,London hanya kerana memakai hijab di tempat awam.  “Semasa saya mahu terbang ke New York baru-baru ini, saya memakai hijab dan telah ditahan di lapangan terbang dan melalu...

#BIOR BETIK ~ Pelakon popular teruk 'dibelasah' pengasas Alibaba,Jack Ma

Image
Foto sumber Business Insider  PENGASAS platform e-dagang Alibaba , Jack Ma kini digelar seorang selebriti pula apabila muncul di layar perak.  Jack yang merupakan individu terkaya di China memuat naik sebuah filem pendek yang dilakonkan beliau, Sabtu lalu, lapor Business Insider .  Dalam filem berdurasi 20 minit itu, Jack membawa watak ahli kungfu yang menumpaskan seorang demi seorang seterunya. Foto sumber Business Insider  Antara selebriti yang berlakon bersama Jack adalah pakar pertahanan diri, Wu Jing, pakar sumo Asashoryu Akinori, dan bintang filem aksi, Jacky Heu.  Selain itu, Jet Li dan Donnie Yen juga teruk dibelasah Jack dalam filem tersebut.  Filem diberi tajuk 'Gongshoudao' itu menampilkan Jack mempertahankan dirinya menggunakan seni mempertahankan diri tradisional Cina, Tai Chi. Foto sumber Business Insider  Lebih menarik, pada akhir filem, selebriti dan pelakon dari Hollywood, Jason Statham dan petinju profesional Filipina, Mannya Pacqu...

#MEWAH ~ RM1 juta untuk klip video I Am Me - DSV

Image
KERATAN rakaman klip video yang dimuat naik DS Vida semasa penggambaran klip video I Am Me yang menjadi tular sejak kelmarin  Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa dia telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk pembikinan klip video bagi lagu I Am Me .  Menurut Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Vida, 46, beliau sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar demi menghasilkan klip video berkonsepkan mewah terlampau arahan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar.  “Saya telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk pembikinan klip video itu. Kos produksi sahaja menelan belanja sebanyak RM180,000 sementara untuk peralatan lain pula kira-kira RM80,000.   “Dalam klip video tersebut saya memakai tiga bentuk cincin rama-rama yang ditempah khas dengan harga keseluruhan mencecah RM800,000, sementara duit yang digunakan dalam video tersebut merupakan duit sebenar dan fotokopi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.[Kosmo]

#WOW HEBAT ~ Princess Syahrini Dan Queen DSV Bakal Bergabung Satu Konsert

Image
USAHAWAN produk kecantikan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mempunyai berita baik buat peminat!  Vida memasang hasrat untuk bekerjasama dengan artis sensasi dari Indonesia, Syahrini.  Untuk makluman, Syahrini baru sahaja mengadakan persembahan di Konsert Nova 2017 yang berlangsung pada 5 Ogos lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.  Namun ramai teruja dengan kisah aktres cantik ini apabila berjaya meraih tumpuan netizen dengan perkongsian gaya hidup mewahnya. Justeru Vida dilaporkan berasa amat teruja berikutan dapat bertemu dengan Syahrini ketika konsert tersebut dan baru-baru ini kedua-dua diva ini bercadang untuk mengadakan konsert duet.  Konsert tersebut bakal diadakan di Istana Budaya. Kenyataan itu diakui oleh Syahrini sendiri di mana dia akan datang ke Malaysia sekali lagi untuk mengadakan konsert duet bersama pengasas kosmetik itu.  “Kepada semua peminat Dato Seri Vida, aku akan datang sekali ke Kua...

#TERBAIK ~ Tomok Join Bisnes, Buka Outlet Chatime Di Shah Alam

Image
ARTIS dan bidang perniagaan tidak dapat dipisahkan.  Jika kebanyakan artis lebih berminat menceburkan diri dalam bisnes penjualan tudung, minyak wangi dan butik pakaian, lain halnya buat penyanyi Tomok yang memilih untuk melibatkan diri dalam bidang food and beverage (F&B) .  Tomok menerusi laman Instagram kini sudah pun bergelar tauke perniagaan apabila berjaya menubuhkan cawangan terbaharu minuman bubble popular, Chatime di Aeon Shah Alam.  Semalam juga telah berlangsung majlis perasmian kiosk minumannya itu yang turut dihadiri isteri, Rahayu Abas dan dua anak lelakinya yang comel lote, Arrian dan Andra.  “Assalamualaikum dan selamat pagi…semalam merupakan satu detik istimewa untuk kami sekeluarga..hari pertama outlet saya beroperasi.   “Siapa sangka sebelum ini saya hanya peminat minuman chatime dan sekarang memiliki franchise minuman kegemaran rakyat malaysia ini.  “Semua ini takkan berlaku atas doa ibu dan dan ayah saya..isteri dan anak-an...

#NO PLAT ~ Datuk Vida Sasar Bida Tiga AKU

Image
Selepas gagal dalam beberapa bidaan tahun lalu, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendedahkan rancangan untuk mendapatkan satu nombor bertuah bagi plat kenderaan siri AKU bagi kereta mewah terbaharunya. Bagi memburu nombor berkenaan, Hasmiza atau lebih dikenali Vida berkata beliau akan membida tiga nombor yang signifikan dengan dirinya. Bagaimanapun, usahawan berasal dari Machang, Kelantan itu mengambil pendekatan untuk kunci mulut bagi memastikan salah satu nombor plat yang akan dibida dalam genggaman. "Saya akan bida tiga nombor, tapi tak payahlah saya dedahkan nombor dan jumlah bidaan tersebut. Biarlah rahsia. Saya tak nak nanti nombor itu terlepas ke tangan orang lain. "Saya memang menunggu nombor siri AKU ini untuk dipakai pada kereta Toyota Vellfire yang dibeli enam bulan lalu. Harap kali ini ada rezeki saya," katanya kepada mStar Online. Vida berkata beliau sudah menghantar wakil untuk membida tiga nombor tersebut di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan ...