Posts

Showing posts with the label Artis China

#BIOR BETIK ~ Pelakon popular teruk 'dibelasah' pengasas Alibaba,Jack Ma

Image
Foto sumber Business Insider  PENGASAS platform e-dagang Alibaba , Jack Ma kini digelar seorang selebriti pula apabila muncul di layar perak.  Jack yang merupakan individu terkaya di China memuat naik sebuah filem pendek yang dilakonkan beliau, Sabtu lalu, lapor Business Insider .  Dalam filem berdurasi 20 minit itu, Jack membawa watak ahli kungfu yang menumpaskan seorang demi seorang seterunya. Foto sumber Business Insider  Antara selebriti yang berlakon bersama Jack adalah pakar pertahanan diri, Wu Jing, pakar sumo Asashoryu Akinori, dan bintang filem aksi, Jacky Heu.  Selain itu, Jet Li dan Donnie Yen juga teruk dibelasah Jack dalam filem tersebut.  Filem diberi tajuk 'Gongshoudao' itu menampilkan Jack mempertahankan dirinya menggunakan seni mempertahankan diri tradisional Cina, Tai Chi. Foto sumber Business Insider  Lebih menarik, pada akhir filem, selebriti dan pelakon dari Hollywood, Jason Statham dan petinju profesional Filipina, Mannya Pacqu...

#BRUCE LEE ~ Jaguh seni bela diri yang tak pandai berenang

Image
Siapa yang tidak kenal dengan bintang seni bela diri ini? Jika anda tak kenal, anda mungkin tinggal di bawah tempurung atau di dalam gua! Bruce Lee, atau nama sebenarnya, Lee Jun-Fan, merupakan seorang ahli seni bela diri, pelakon, ahli falsafah, penerbit filem, dan juga pengasas seni bela diri Jeet Kune Do .  Walaupun ramai yang kenal akan beliau ini, namun ramai juga yang tidak mengetahui fakta pelik mengenai bintang kelahiran San Francisco, California ini. Kami ingin berkongsi dengan anda 18 fakta pelik mengenai Bruce Lee.  1. Mempunyai darah kacukan Jerman Datuk Bruce adalah 100% Jerman! Disebabkan Bruce mempunyai status bukan Cina asli, ia telah membuatkan beliau tidak diterima untuk belajar di kebanyakan sekolah Kung Fu pada tahun 50-an, dan membuatkan pilihannya sangat terhad. Tapi bagus juga, kalau tak mesti Bruce Lee tak dapat peluang belajar Wing Chun daripada Ip Man dan William Cheung.  2. Seorang pemandu yang teruk  Ramai rakan-rakan Bruce dari Amerika t...

#JACKIE CHAN ~ Pelakon Lagenda Seni Bela Diri Yang Tidak Tahu Membaca Dan Menulis

Image
Tak perlu nak kenalkan lagi siapa Jackie Chan. Semua orang mengenali lagenda seni bela diri dan pelakon hebat dan tangkas ini. Walaupun bertubuh kecil, ia bukanlah penghalang kepada Jackie Chan untuk berjaya dalam industri lakonan sehingga menembusi Hollywood. Beliau yang tak boleh membaca, adalah contoh kepada masyarakat bahawa usaha dan kegigihan mampu membuahkan kejayaan. Jackie Chan dilahirkan pada 7 April 1954 di Hong Kong kepada bapanya Charles dan ibunya Lee-lee Chan. Ketika dilahirkan, bapanya yang tak mampu membayar kos pembedahan terpaksa meminjam daripada rakan, dan menolak tawaran doktor untuk mengambil Jackie Chan sebagai bayaran. Bapanya merupakan seorang tukang masak di kedutaan Perancis di Hong Kong manakala ibunya seorang pembantu rumah. Semasa zaman kanak-kanaknya, kehidupan Jackie Chan dihimpit kemiskinan yang sangat teruk. Bapa beliau akan mengejutkan awal pagi dan mereka akan berlatih kung fu bersama-sama. Charles percaya dengan belajar kung fu, ia akan membantu...

#GEMPAR~Jackie Chan letupkan bas berhampiran Parlimen Britain

Image
Letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, London.   LONDON-BRITAIN. Penduduk dan pelancong di London kelmarin dikejutkan dengan letupan bas dua tingkat di atas jambatan Lambeth, hanya beberapa meter dari bangunan Parlimen Britain.  Memetik laporan Mirror.Uk melaporkan kejadian yang berlaku pada 11.30 pagi itu bagaimanapun cuma untuk satu babak filem terbaru pelakon terkenal, Jackie Chan bertajuk The Foreigner.   Namun, terdapat penduduk London yang merasakan babak letupan bas itu kurang sensitif memandangkan sejarah 13 orang terbunuh akibat serangan bom dalam sebuah bas di bandar itu pada 7 Julai 2005.  Babak di jambatan Lambeth itu tidak dimaklumkan kepada semua penduduk berhampiran menyebabkan ada yang terkejut apabila mendengar letupan tersebut.  Penduduk yang terkejut dengan kejadian itu membanjiri media sosial dengan meluahkan kemarahan terhadap kru penggambaran filem kerana tidak membuat pengumuman awal.  "Saya mahu tahu siapa yang ...