Posts

Showing posts with the label Keputusan Penuh

#TAHNIAH ~ Aishah dinobatkan juara Gegar Vaganza Musim Ke-4

Image
Penyanyi Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4).   PENYANYI Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung dari Pinewood, Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru malam tadi.  Aishah tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.  Kehebatan vokal penyanyi yang pernah muncul menerusi kumpulan Aishah & The Fan Club ini sememangnya tidak boleh dinafikan apatah lagi dengan penghayatan hebat yang diberikan menerusi persembahannya untuk segmen solo sehingga mendapat standing ovation daripada juri tetap Hety Koes Endang.  Kemenangan ini sekaligus melayakkan Aishah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai RM6,000 ...

#FINAL ~ Idayu Juara Megastar AF

Image
Idayu muncul juara AF Megastar melalui lagu My All dan Amylea Azizan. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  SEPERTI dijangka, Idayu muncul juara program realiti AF Megastar sekali gus menyandang gelaran Megastar pada konsert akhir di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.  Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang.  Pada konsert akhir itu, semua peserta diberi dua tugasan iaitu menyampaikan lagu penyanyi lain dan lagu baru masing-masing.  Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baru, Selamanya ciptaan Amylea Azizan. Juara menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  Idayu menganggap kemenangannya adalah sesuatu yang berbaloi sepanjang penantiannya.  “Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” katanya.  Selain itu, di konsert akhir berkenaan, ...

#KEPUTUSAN PENUH~Anugerah Bintang Popular BH 29

Image
PUTRAJAYA: Berikut keputusan Anugerah Bintang Popular BH 29 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.  Artis Baharu Wanita Popular - Mira Filzah  Artis Baharu Lelaki Popular - Sufi Penyanyi Wanita Popular - Adira Penyanyi Lelaki Popular - Aizat Amdan DARI kiri, Mira Filzah, Sufi, Adira dan Aizat Amdan.   Penyampai Radio Popular - DJ Lin  Artis Versatil Popular - Ifa Raziah  Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Wings  Artis Komedi Popular - Abam DARI kiri, DJ Lin, Ifa Raziah, Abam dan Wings (Awie).    Pengacara TV Popular - Neelofa  Artis Trending Popular - Ayda Jebat  Personaliti Media Sosial Popular - Lara Alana  Pelakon TV Wanita Popular - Emma Maembong DARI kiri, Neelofa, Ayda Jebat, Lara Alana dan Emma Maembong.   Pelakon TV Lelaki Popular - Sharnaaz Ahmad  Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Fauziah Ahmad Daud  Artis...