Posts

Showing posts with the label Nur Fazura

#GOSIP PANAS ~ Fattzura Sudah Tunang 13 Nov Lalu, Bakal Nikah Masa Terdekat

Image
TEKA-TEKI mengenai spekulasi ‘pernikahan’ pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura beberapa hari lalu akhirnya terjawab.  Pasangan tonggak utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini mendedahkan bahawa mereka masih belum bernikah, tetapi sudah bertunang pada 13 November lalu.  Bagaimanapun, pasangan tersebut turut mengesahkan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Perkara tersebut telah diumumkan dalam satu sidang media rasmi yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang, semalam.  Dalam pada itu, Fazura memberitahu beliau mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak media yang tidak bertanggungjawab telah menyiarkan gambar rumah keluarganya baru-baru ini. Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan berita kononnya pasangan ini ‘bernikah’ dalam diam pada malam Selasa lalu.  Beberapa media melaporkan, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan pelakon ini sahaja.  Bagaimanapun, perkara itu ...

#GOSIP PANAS ~ “Doa Yang Baik, Kalau Ada Jodoh Apa Salahnya” – Fazura

Image
NAMPAKNYA demam Fattzura masih belum reda lagi dalam kalangan peminat drama Hero Seorang Cinderella (HSC) .  Hubungan rapat yang terjalin sejak tujuh bulan lalu membuatkan ramai peminat berteka-teki mengenai status hubungan kedua-duanya.  Terbaharu, ada khabar angin mengatakan yang Fattah dan Fazura bakal melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 13 November ni! Betul ke ni nak bertunang dah?  Bagi pelakon cantik Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, dia langsung tidak menolak jika sudah tertulis bahawa jodohnya memang untuk bersama dengan Fattah. Doa yang diberikan oleh peminat sangat diharapkan oleh pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun itu kerana apa yang terjadi itu langsung tidak memerikan tekanan kepada dirinya.  “Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk.  Jadi tidak salah saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya.   “Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC...