Posts

Showing posts with the label Nad Zainal

#TEKA-TEKI~Tunggu Kepastian Umum Kehamilan – Nad Zainal

Image
Gambar: IG Nad Zainal  PELAKON bertubuh genit dan berwajah comel, Nad Zainal, akui belum bersedia untuk mengumumkan tentang berita kehamilannya dengan orang ramai.  Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, sekiranya sudah mendapat kepastian dia akan berkongsi berita gembira itu.  “Insya-Allah, sampai masa dan ada khabar gembira saya akan maklumkan kepada semua.  “Tidak dinafikan sejak gosip ini tersebar saya dihujani banyak pertanyaan,” katanya.  Walaupun dikatakan hamil, namun Nad masih lagi aktif berlakon dan baru sahaja habis menjayakan teater Ombak Rindu di Istana Budaya. Terdahulu, Nad dilaporkan sedang hamil tiga bulan namun tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu menerusi sebuah akhbar. Perkara itu disampaikan kru produksi drama yang bakal dibintangi Nad.  Nad yang pernah merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) baru selesai menjalani sesi penggambaran tele...

#TERUJA~Kesan Pengambilan Detox, Nad Zainal Sangka Dirinya Hamil

Image
PELAKON Nad Zainal yang mengamalkan pengambilan produk kecantikan akui dirinya berasa pening-pening dan ekoran dengan keadaan itu, dia menyangka bahawa dirinya sedang hamil, lapor sebuah akhbar online.  “Pasti saya teruja jika benar saya hamil erana sebagai isteri, itu adalah impian setiap wanita. Suami saya sempat mengusik saya apabila dia mengetahui sebenarnya saya pening disebabkan pengambilan detox produk kecantikan”. Nad Zainal Bersama Suami  “Saya sudah bersedia untuk menjadi ibu sejak dari hari pertama perkahwinan saya, cuma masih belum rezeki untuk saya mengandung. Suami juga pernah berkata kalau boleh ingin hidup berdua dalam tempoh setahun, tetapi kalau rezeki itu datang awal, kami terima”.  Menjelaskan isu berat badan bertambah jika melahirkan bayi, Nad Zainal menegaskan dirinya tidak berasa risau jika keadaan itu berlaku kepada dirinya kerana dia berharap bahawa semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. –MYNEWSHUB.CC