#TEKA-TEKI~Tunggu Kepastian Umum Kehamilan – Nad Zainal
Gambar: IG Nad Zainal
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, sekiranya sudah mendapat kepastian dia akan berkongsi berita gembira itu.
“Insya-Allah, sampai masa dan ada khabar gembira saya akan maklumkan kepada semua.
“Tidak dinafikan sejak gosip ini tersebar saya dihujani banyak pertanyaan,” katanya.
Walaupun dikatakan hamil, namun Nad masih lagi aktif berlakon dan baru sahaja habis menjayakan teater Ombak Rindu di Istana Budaya.
Terdahulu, Nad dilaporkan sedang hamil tiga bulan namun tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu menerusi sebuah akhbar.
Perkara itu disampaikan kru produksi drama yang bakal dibintangi Nad.
Nad yang pernah merangkul anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) baru selesai menjalani sesi penggambaran telefilem raya bersama Datuk Rosyam Nor.
Aktres itu, kini bahagia berkongsi hidup dengan suami, Muhamad Faliq Amirudin, 28, setelah sah mendirikan rumah tangga pada 18 Disember lalu. -MYNEWSHUB.CC