#WOW HEBAT ~ Baju "Pok Ya Cong Codei" laris macam pisang goreng panas

Sabri bersama peminat yang membeli baju Pok Ya Cong Codei keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma. Pok Ya Cong Codei terus mencetuskan fenomena apabila baju T eksklusif berdasarkan telefilem itu laris terjual bak ‘pisang goreng panas’ sejak mula dipasarkan, Selasa lalu. Sehingga hari ini, lebih 2,000 helai baju keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma yang mendapat lesen hak cipta daripada pengarah dan pelakon utama telefilem itu, Sabri Yunus dan syarikat produksi, Balang Rimbun, dijual. Pengasas akademi, juga pengurus jualan produk itu, Muhd Sulhie Yusof berkata, selain sambutan luar biasa untuk baju T, pihaknya turut menerima permintaan tinggi dari seluruh negara untuk menjadi ejen jualan. “Sekarang kita ada seramai 15 ejen jualan sah meliputi hampir 30 lokasi seluruh negara yang menjual secara terus dan ada juga jual melalui online,” katanya, semalam. Menurutnya, pelancaran secara rasmi baju itu akan di-buat oleh Sabri di Kota Bharu pada 22 Febr...