Posts

Showing posts with the label Seram

#PENGABDI SETAN ~ 'Pelakon' terlebih ketika rakam babak di kubur

Image
SEJAK awal pembikinan semula filem ini, ia sudah mendapat perhatian peminat genre seram bukan sahaja di Indonesia, bahkan di negara serantau lain seperti Malaysia dan Singapura.  Mengekalkan judul sama dari filem asalnya, Pengabdi Setan arahan Joko Anwar mendapat respons yang cukup positif di Indonesia semenjak mula ditayangkan 28 September lalu.  Kini filem berkenaan bakal ditayangkan di Malaysia bermula 23 November ini. Penulis yang berkesempatan menonton filem ini lebih awal tidak dapat menafikan Pengabdi Setan mengundang debaran tersendiri sejak lima minit filem ini bermula.  Tidak hanya menonton, penulis bersama teman media lain juga berkesempatan menemu bual Joko dan dua pelakon filem ini, Tara Basro dan Dimas Aditya yang turut hadir mempromosikan Pengabdi Setan di Malaysia.  Akui Joko, lokasi rumah yang digunakan di dalam filem ini merupakan rumah yang sudah ditinggalkan sejak 20 tahun lalu dan dibina pada zaman British lagi.  "Selepas berbulan-bulan m...