#FILEM BARU ~ Lakonan Zul Ariffin Berjaya, Tak Hirau Dikritik Tak Berbaju

MENGHITUNG hari menantikan tanggal 12 Oktober untuk menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu oleh pembaca novel thriller , Tombiruo: Penunggu Rimba . Bagi penulisnya sendiri, Ramlee Awang Murshid dikatakan sangat berpuas hati dengan hasil lakonan yang telah ditunjukkan oleh pelakon utama, Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Tombiruo. Dia juga menyifatkan watak Ejim itu berada di tahap yang terbaik. “Ejim merupakan bintang utama dalam Tombiruo. Namun begitu, dalam filem, Ejim lebih banyak berdiam tanpa dialog serta harus memakai topeng. “Saya sendiri merasakan sukar untuk pelakon merealisasikan watak tersebut kerana Ejim harus memberikan lakonan hebat menerusi bahasa tubuh sahaja,” kata Ramlee kepada Astro Gempak . Ketika ditanyakan mengenai kritikan yang bakal diterima selepas filem ini ditayangkan, Ramlee menjawab dengan tenang dengan jawapannya yang tersendiri. “Sukar untuk merealisasikan sebuah novel tebal dalam sebuah naskah filem berdurasi dua jam. ...