Posts

Showing posts with the label Isu Panas

#PANAS ~ Foto Zizi Kirana dedah payu dara dikecam netizen

Image
FOTO seksi yang dimuat naik Zizi Kirana di laman sosial Instagramnya. - INSTAGRAM/ZIZI_KIRANA  Bekas ahli kumpulan Fabulous Cat, Zizi Kirana, 33, dilihat sengaja mengundang kecaman netizen apabila memuat naik sekeping foto separuh lucah di laman sosial Instagram nya yang menampakkan sebahagian payu dara.  Pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi, Zizi yang juga peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) disifatkan oleh pengikut media sosial sebagai seorang selebriti yang suka mencari publisiti murahan.  Memetik komen yang ditinggalkan, Zizi selaku wanita Islam tidak sewajarnya berpakaian seksi sebegitu malah ada berpendapat, gadis itu terlalu berani untuk beraksi sedemikian.  Malah tindakan pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil itu mengenakan pakaian seksi seolah-olah sengaja mahu menayangkan ‘aset’ miliknya.  Bagaimanapun, terdapat juga komen peminatnya yang memuji kecantikan penyanyi berasal dari Semporna, Sabah itu serta pakaian yang digayakannya. ...

#PANAS ~ Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!

Image
Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa. Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.  “Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.  Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’! Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.  Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.  Imam Muda Kata Hukumny...

#SENSASI ~ Dulu Jakim, Kini JPN Pula ‘Sangkut’ Isu Jantina Sajat

Image
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung status jantina sebenar jutawan kosmetik, Nur Sajat.  Memetik sumber, difahamkan langkah itu diambil selepas sebuah rakaman video memaparkan perbualan antara penulis tersebut dengan seorang pegawai JPN menjadi tular di laman sosial pada Isnin.  Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah memberitahu bahawa setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan disiasat. Tak Layan Komen Netizen, 'Rahsia' Sajat Kekal Bahagia   Pun begitu, beliau berkata pihak JPN bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini.  “JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular.  “Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” katanya d...

#ISU STATUS CERAI ~Saya tidak akan kembali kepada Hafiz: Joy Revfa

Image
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam membuat keputusan lafaz cerai ahli perniagaan, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim terhadap usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Refva pada 12 Januari 2015, adalah sah.  Hakim, Mohd Suhail Mohd Najid membuat keputusan selepas kes disebut kali pertama di hadapannya pada Selasa. Mahkamah mendapati lafaz cerai Mohd Rayus memenuhi rukun dan syarat talak serta Seksyen 57 Enekmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.  Sementara itu, Joy menegaskan tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun mahkamah memutuskan penceraian perkahwinan sebelum ini sebagai sah .  Jelas Joy, dia sudah tawar hati dengan Hafiz yang dianggapnya gagal memainkan peranan sebagai suami.

#ISU PANAS ~ Disamakan Seperti Pelacur, Joy Revfa Minta Hentikan Hinaan

Image
Hafiz dan Joy Revfa berkahwin pada 1 Mei lalu.  Isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Siti Arifah Amin atau Joy Revfa meminta orang ramai menghentikan hinaan dan cacian kononnya dia masih isteri orang ketika berkahwin dengan penyanyi itu pada 1 Mei lalu. Joy, 33, berkata, dia yakin perkahwinan yang dibina lebih tiga bulan itu adalah sah di sisi agama dan dirinya telah diabaikan serta digantung tidak bertali sejak 23 Mei lalu. "Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.  "Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz). Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya. Imam Tegur Hafiz Hamidun Lambatkan Faraq Joy menerusi laman Instagram miliknya memberi reaksi kepada kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yan...

#SENSASI ~ Joy Revfa Fail Bubar Pernikahan Dengan Hafiz Hamidun

Image
KEPINCANGAN rumah tangga penyanyi kerohanian Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa, kini di tahap klimaks apabila isterinya memfailkan permohonan pembubaran pernikahan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, pagi tadi.  Menurut Joy, tindakan itu dilakukan oleh sebab keraguan Hafiz terhadap pernikahan mereka. Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, berkata tindakannya itu adalah atas sebab statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.  “Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.  “Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian.  “Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah,” katanya dalam temu bual bersama pihak media di luar mahkamah selepas prosiding tamat, memetik laporan BH Online . ISTERI PENYANYI HAFIZ HAMIDUN, JOY REVFA (KIRI) ATAU N...

#HOT ~ Ibu Aliff Syukri Kata Dia Sombong? Apa Ceritanya Ni?

Image
BERJAYA macam mana pun anda, ibu bapa adalah insan paling utama dalam kehidupan. Tanpa doa mereka, pasti kehidupan kita tidak sempurna.  Itulah apa yang dapat dilihat dalam hubungan baik yang terjalin antara usahawan D’herbs Terlajak Laris , Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman bersama ibunya, Rozita Ibrahim yang juga merupakan seorang pengasas Sendayu Tinggi .  Menerusi video berdurasi kurang daripada 10 minit itu, ia memaparkan Aliff yang begitu semangat berborak dengan ibunya sementelahan meminta wanita berkenaan untuk memilih hadiah yang dibeli daripada luar negara.  Berikutan terlalu excited, Aliff yang berbaju kemeja putih itu secara tidak langsung telah mengeluarkan satu kata yang mungkin pada dasarnya agak kurang manis, sehingga wanita itu menegurnya ‘sombong’.  “Beg mak saya ni berharga RM10 ya. I tak main lah beg RM10. Hello? Hello? It’s not my taste,” ujarnya sambil memegang beg ibunya.   Perkara tersebut lantas, menjadikan Aliff serba salah dan memberi...

#ISU PANAS ~ Tak Tahan Dicemuh, Nur Sajat Mula Jujur Isu Jantinanya…

Image
Nur Sajat Fariz Kamaruzaman ataupun ada yang mengenali ‘wanita’ ini dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 32, bukanlah nama yang asing lagi sekarang ni.  Semua orang bahkan masih lagi tertanya-tanya tentang misteri jantina ‘wanita’ ini yang bergelar usahawan kosmetik tempatan berjaya.  Macam-macam story dah naik tentang Sajat… Antaranya, netizen cuba untuk siasat jantina Sajat,  Sajat tak boleh masuk Brunei,  Sajat mengaku khunsa,  Sajat mengaku pondan  dan macam-macam lagi lah! Kesian Sajat, mesti penat nak explain dekat netizen semua yang dia ni sebenarnya ‘perempuan’! Baru-baru ni Sajat ada memuat naik sebuah video sebagai bukti dirinya seorang wanita.  Tapi sayangnya, video yang berdurasi 59 saat itu telah dibuang beberapa jam selepas itu. Jangan ingat lepas Sajat dah buang, tak ada orang yang sempat save video tu.    Dalam video tu, kita boleh nampak yang Sajat sangat bersungguh untuk meyakinkan netizen tentang kekeliruan jantinan...