#PANAS ~ Surat Mufti Untuk Neelofa Selepas Pelancaran Hijab Terbaharu Di Kelab Malam!
Selepas pelancaran penuh kontroversi koleksi terbaharu hijab jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota Kuala Lumpu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli telah memuat naik sekeping gambar beliau sedang menulis surat terbuka buat Hajjah Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa.
Gambar itu telah dikongsi oleh Zulkifli menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Selasa beserta satu kapsyen yang secara jelas ‘memerli’ Hajjah Neelofa yang baru berusia 29 tahun itu.
“Menulis surat terbuka untuk Hajjah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau.
Apa yang menarik perhatian mengenai entri tersebut adalah isi kandungan surat tersebut yang ‘makan dalam’!
Menerusi surat tersebut, Zulkifli menyatakan bahawa hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.
Beliau juga meluahkan rasa khuatir terhadap isu yang berlaku itu kerana ia boleh boleh menjurus ke arah perkara negatif.
Imam Muda Kata Hukumnya Haram
Imam Muda Fakhrul juga telah menegur Neelofa yang melancarkan koleksi tudung terbaharunya #BeLofa di kelab malam Zouk.
Menerusi laman Facebook, Imam Muda Fakhrul menjelaskan hukumnya haram membuat pelancaran tudung di kelab malam.
“Hukum asal harus dan mendapat pahala. Tetapi apabila buat di kelab malam maka haram hukumnya.
"Haram bukan kerana pelancaran tudung tetapi lokasinya, pergaulan tanpa batasan, hiburan melampau dan penuh dengan fitnah.
“Hal ini menimbulkan fitnah kepada muslim dan muslimah, pemakaian syariat dan yang utama kepada agama.
"Pelaku yang terlibat dengannya berdosa dan wajib bertaubat,” katanya.
Jelasnya, untuk menegur perkara ini, ia tidak boleh dilakukan dengan kasar.
"Maaf, sesetengah orang hatinya penuh karat. Tak tercabut dengan air. Kena pakai tukul besi! Tak percaya? Rujuk pendekatan dakwah RASULULLAH SAW. Yang nak berlembut, silakan. Tapi kena ada yang bertegas. Kalau tak, naik lemak dia!
“Ajak jangan hukum. Maaf, saya tak menghukum. Saya memberitahu hukum dari Yang Maha Menghukum. Dan saya sedang mengajak mereka untuk mengikut hukum," tulisnya lagi.
Imam muda ini turut mengatakan perkara yang berlaku itu adalah daripada kesilapan peribadi, namun ia menjadi umum apabila melibatkan ramai orang.
"Maaf, matlamat tak menghalalkan cara. Dakwah ada kaedah bukan main rembat ikut hati. Tapi ikut Nabi.
“Hati yang baik tak akan pergi ke tempat yang tidak baik dan perlakuan yang tidak baik," ujarnya.
Namun, Imam muda ini tidak mahu perkara itu menjadi kecaman hingga ada yang boikot.
"Macam mana Melayu nak maju? Saya kata boikot semua tudung yang tak menepati syariat. Maju biarlah berkat.
"Kita nak maju juga dalam kubur dan di akhirat. Apa ada pada Melayu? Adat bersendi syariat!
Alasan Hajjah Neelofa
Dengan kritikan hebat melanda, pemilik Nelofar Hijab, Hajjah Neelofa berkata dia tidak lagi mahu mempedulikan apa sahaja kritikan mahupun tohmahan daripada netizen sebaliknya mempunyai sebab tertentu tentang pemilihan lokasi.
Pelancaran koleksi hijab itu sekali gus turut meraikan sambutan hari lahirnya yang ke-29.
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat.
"Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema,” katanya dipetik daripada BH Online.
Dalam masa yang sama, pelakon dan pengacara itu turut memberitahu bahawa kecaman yang dilemparkan oleh netizen tidak akan habis sampai bila-bila.
Oleh itu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29 ada tahun ini, dia memilih untuk tidak lagi peduli pandangan masyarakat tentangnya.
Disebabkan pemilihan lokasi yang dikatakan ‘tidak sesuai’ itu, Neelofa telah menerima bermacam-macam kecaman di ruangan komen akaun Instagram dan Twitter miliknya.
Pada majlis itu, rata-rata tetamu yang hadir ialah kaum keluarga pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri, teman rapat dan rakan media.
Selain itu, penyanyi Sona One turut memeriahkan lagi majlis dengan persembahan yang memukau dan beberapa rakan artis yang rapat turut kelihatan pada malam tadi.
Tarian Mengghairahkan Iringi Pelancaran Tudung Neelofa
Nama seorang blogger tempatan kini turut terpalit dengan kontroversi aksi tarian mengghairahkan sekumpulan wanita berhijab ketika majlis pelancaran koleksi hijab Be Lofa by Naelofar Hijab.
Memakai baju berwarna kuning dan berseluar ketat berwarna putih, gerak tari Khairunissa ‘Nisa Kay’ yang lincah dan menggoda itu mengundang cemuhan daripada para netizen kerana dianggap tidak menghormati sensibiliti wanita berhijab.
Nisa Kay, 26, mengakui bahawa dia telah tersilap langkah ketika malam itu dan ‘bagaikan telah lupa diri’ kerana dibuai dengan muzik yang melalaikan.
“Saya akui, kelakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya yang sebenar serta imej sebagai wanita bertudung,” tulisnya menerusi permohonan maaf secara terbuka.
Malah, blogger yang turut seorang Youtuber itu juga tidak mahu membela dirinya kerana ramai yang sudah menonton video tariannya itu dan mengaku salah atas perbuatan tersebut.
“Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga.
“Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut,” tambanya lagi.
Menurutnya lagi, dia juga tidak menyangka ada yang merakam aksinya ketika berada di kelab malam terkenal tersebut dan turut terkejut apabila membaca segala macam tohmahan yang diterimanya.
Itulah sebabnya mengapa ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan Neelofa mengadakan majlis di situ walaupun mereka tidak menghidangkan minuman terlarang.
Tapi disebabkan tempaat tersebut pada asalnya merupakan kelab malam, pasti tidak akan lari dengan muzik yang melekakan atau apa sahaja jenis fitnah.
Lancar tudung terbaru di kelab malam?
Entahlah Hajjah Neelofa!
Sumber artikel: Sentiasa Panas