#PANAS ~ Aliff Aziz mengaku bersalah keluar dengan Afifah Nasir

ARTIS, Aliff Aziz (kiri) bernama Isteri, Bella Astillah pada sidang media berhubung insiden rumah tangga mereka baru-baru ini di Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong. - Foto Osman Adnan Pelakon dan penyanyi kontroversi, Aliff Aziz, mengaku bersalah menyakitkan hati isterinya, Bella Astillah, apabila keluar dengan pelakon baharu, Afifah Nasir. Malah, bintang kelahiran Singapura itu turut meminta maaf kepada isteri, ahli keluarga dan peminat kerana kesalahannya itu. Beliau juga mengharapkan pelakon wanita berkenaan, yang juga adik kepada Anzalna Nasir, akan melakukan tindakan sama sepertinya. "Saya dan dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Jika saya boleh mengaku kekhilafan diri dan memohon maaf, sekali gus berdepan dengan semua pihak termasuk keluarga dan rakan media, dia juga sewajarnya melakukan perkara sama andai berasakan dirinya bersalah. "Tak perlu nak menegakkan benang yang basah. Kita sama-sama buat silap dan kebenaran akan terserlah juga akhirnya...