#PANAS ~ Elizabeth Tan Nafi Pula Konon Mahu Bunuh Diri
SEMALAM media tempatan kecoh melaporkan penyanyi Elizabeth Tan pernah mengalami kemurungan sehingga hampir membunuh diri. Namun hari ini, penyanyi Knock Knock itu telah menafikan pula dirinya terlalu tekan akibat putus cinta hingga terfikir untuk melakukan perkara terkutuk itu. Akui Elizabeth yang mesra disapa Lizzy itu, sejak beberapa tahun lalu dia berdepan dengan beberapa isu yang membawa kepada masalah tekanan perasaan yang memaksanya untuk berehat seketika. Hello you alls. Lizzy nk buat pembetulan sikit yer, sbb baru dpt tahu ada beberapa headlines keluar harini mengatakan lizzy kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri hahahaha headline tu x betul, so harap semua jgn salah faham tau 😅😅😅 . . Memang betul lizzy ada mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ni, which is why I took a short break early this year tapi bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta. I have been going through some things over the past 3 years yg Lizzy dah lama pendam dan isu cinta tu hanya...