Posts

Showing posts with the label Artis Korea

#BUNUH DIRI ~ Ahli Grup SHINee, Jonghyun ditemui mati

Image
AHLI grup SHINee , Jonghyun ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang tadi waktu tempatan lapor Channel News Asia.  Pihak berkuasa mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak berkuasa di dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di sana.  "Pada jam 4.42 petang tadi, kakak Jonghyun melaporkan bahawa adiknya akan membunuh diri, kami segera ke kediamannya dan mendapati dia telah melakukan percubaan tersebut menggunakan briket arang.  "Kami segera memberikan bantuan kecemasan dan membawanya ke Hospital Universiti Konkuk kerana dia menunjukkan simptom serangan jantung," katanya.  Sebab kematian adalah kerana keracunan karbon monoksida.

#VIDEO ~ ‘Gangnam Style’ Oleh PSY Tidak Lagi Nombor 1 Kini 'See You Again'

Image
VIDEO muzik ‘Gangnam Style’ yang mencetuskan kegilaan menari di peringkat global dan tular hingga hampir ‘memecahkan’ YouTube akhirnya disingkirkan daripada puncak video paling banyak ditonton.  Selepas empat setengah tahun menjadi video YouTube paling banyak ditonton, ‘Gangnam Style’ jatuh ke tangga kedua digantikan oleh ‘See You Again’ , persembahan Wiz Khalifa dan Charlie Puth.  Pencapaian ‘Gangnam Style’ , yang mengisahkan kehidupan penduduk daerah Gangnam di Korea Selatan turut mengejutkan penyanyinya, PSY yang sebelum itu tidak begitu dikenali di luar Korea Selatan.  Video itu menjadi yang pertama mencecah 1 bilion tontonan di YouTube sehingga menyebabkan jurutera laman berkenaan bertungkus-lumus membuat perubahan apabila ia mencapai 2.1 bilion tontonan.  Lewat kelmarin, ‘Gangnam Style’ yang ditonton sebanyak 2.895 bilion kali di YouTube, jatuh ke tempat kedua, di bawah ‘See You Again’ . – Reuters/myMetro Online

#HEBAT~Kim Hye Soo Artis Bijak, Kuasai Lima Bahasa Asing

Image
Kim Hye Soo mampu bertutur dalam lima bahasa berbeza.   PELAKON Kim Hye Soo dinamakan sebagai Artis Paling Bijak 2016 kerana kebolehannya menguasai lima bahasa dengan baik.  Soompi melaporkan selain bahasa Korea, Hye Soon berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Jepun dan Cina.  Jadi tidak hairan pelakon terkenal itu mampu menjawab soalan daripada media antarabangsa dengan baik selain diberi peluang berlakon dalam drama dan filem berbahasa Inggeris.  "Sebelum ini saya memang tidak pandai berbahasa Inggeris dan mula belajar apabila perlu berdialog dalam bahasa berkenaan menerusi drama Too Tired to Die yang turut menggandingkan saya dengan pelakon Jepun, Kaneshiro Takeshi.  "Sejak itu saya mula mendapati bahasa asing sangat menarik dan mula belajar sehingga mahir," katanya.  Atas kebolehannya itu, Hye Soo turut diberi peluang bergandingan dengan Michelle Yeoh dan Andy Lau ketika ditugaskan sebagai penyampai anugerah pada Festival Filem Ant...