Posts

Showing posts with the label Datuk Mahadzir Lokman

#DOA ~ Mahadzir Lokman Dilaporkan Kritikal Di PPUM

Image
DATUK Mahadzir Lokman dilaporkan koma dan berada dalam keadaan kritikal di ICU, PPPUM, Petaling Jaya.- Foto Mohd Yusni Ariffin   Personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan koma dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.  Adiknya, Danial Lokman, berkata sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, dua hari lalu, keadaan abangnya tidak stabil.  "Abang ada penyakit darah tinggi dan diabetis sejak dulu. Selepas pulang dari Jakarta dua hari lalu, keadaannya kurang stabil, dia ada mengadu sakit kepala.   "Pagi tadi, dia langsung tidak bangun, dan kami terus memanggil ambulans. Sekarang abang koma dan berada pada tahap kritikal di ICU.   "Doktor beritahu, paru-parunya dijangkiti kuman," katanya kepada BH Online.  Sehubungan itu, Danial memohon kepada semua rakan abangnya untuk mendoakan kesihatannya.  Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai ber...