#ARTIS BARU ~ Falla Zully Ikut Jejak Bapa Masuk Bidang Seni

SIAPA tidak kenal dengan Datuk Zulkeflie M. Osman, pengarah dan pelakon terkenal yang popular suatu ketika dahulu. Kini, anaknya, Falla Zully meneruskan legasinya dalam dunia hiburan tanah air. Falla Zully atau nama sebenarnya Puteri Nur Farra menceburkan diri dalam dunia hiburan melalui single pertamanya yang bertajuk Aku Ada Kamu sebagai pembukaan permulaan kariernya dalam bidang seni ini. Lagu Aku Ada Kamu ini dihasilkan oleh komposer Reyza Hamizan dan liriknya ditulis oleh Aiyad Sakti. Anak kedua Datuk Zulkiflie M. Osman ini juga yakin yang single pertamanya ini bakal diterima baik oleh semua pihak terutamanya pendengar muzik tempatan. “Ia mengangkat tema biasa iaitu percintaan namun ia bukan sahaja tentang kisah hubungan lelaki dan perempuan sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk kepada Tuhan,” katanya, memetik sebuah portal online. Gadis yang berusia 21 tahun ini mendapat sokongan padu daripada bapanya yang mahu melihat dia berjaya dalam bidang ini. ...