Posts

Showing posts with the label Artis Baru

#VIDEO ~ Cikgu Meera - Oh Sayangku (Video Lirik Official)

Image
ARTIKEL BERKAITAN: #ARTIS SMULE ~ CIKGU MEERA DISUNTING JAY PRODUCTION

#ARTIS SMULE ~ Cikgu Meera disunting Jay Production

Image
SELEPAS Khai Bahar dan Wany Hasrita berjaya dicungkil sebagai penyanyi menerusi Smule , kini seorang lagi bakat baharu berjaya diketengahkan menerusi aplikasi muzik karaoke itu.  Cikgu Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi, 24, yang merupakan seorang guru muzik di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor tidak menyangka video nyanyiannya di Smule menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.  Hasilnya syarikat rakaman Jayy Production turut jatuh hati untuk menyunting ‘Cikgu Viral’ ini sebagai artis mereka dan memberi peluang kepadanya untuk merakam single berjudul ‘ Oh Sayangku’ karya komposer Eddie Hamid manakala liriknya ditulis oleh Nur Hakim.  "Saya sangat bertuah dapat menyanyikan lagu Oh Sayangku ciptaan Eddie Hamid yang mula dilancarkan pada 6 Okt lalu, kerana bukan sahaja komposisi melodinya indah, malah liriknya juga sangat mendalam.  "Lagu ini mengisahkan seorang wanita yang meninggalkan teman lelakinya untuk menjalinkan hubungan bersama lelaki l...

#PENAFIAN ~ Saya Bukan 'Klon' Nana Tapi Dia Idola Saya - Wany Hasrita

Image
PENYANYI Wany Hasrita menafikan dirinya adalah klon penyanyi Siti Nordiana seperti yang didakwa netizen mutakhir ini.  Wany berkata, dirinya masih terlalu baru untuk dibandingkan dengan penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran itu yang sudah lebih dua dekad mencipta nama. "Siapalah saya untuk dibandingkan dengan Nana. Saya orang baharu dan perlu banyak belajar sedangkan Nana penyanyi hebat yang sudah berjaya.   "Bagaimanapun, saya mengakui Nana idola saya dan cukup meminati lagu dendangannya,€ katanya.  Menurut Wany, dirinya mula dikaitkan dengan Nana kerana menyanyikan lagu duet popular penyanyi itu dan arwah Achik Spin, Memori Berkasih di awal kemunculan. Malah, dia turut membawakan genre lagu yang sama dengan Nana termasuk Menahan Rindu dan duet bersama adik kepada Achik, Tajul menerusi lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu.  Persamaan antara Nana dan Wany menjadi perdebatan dalam kalangan netizen malah ada yang mendakwa Wany meniru gaya nyanyian Nana.  "Saya a...

#VIDEO ~ Syafiq Farhain - Sayang Maafkan Aku [Official Lyrics Video]

Image
Syafiq Farhain - Sayang Maafkan Aku [Official Lyrics Video]

#ARTIS BARU ~ Falla Zully Ikut Jejak Bapa Masuk Bidang Seni

Image
SIAPA tidak kenal dengan Datuk Zulkeflie M. Osman, pengarah dan pelakon terkenal yang popular suatu ketika dahulu. Kini, anaknya, Falla Zully meneruskan legasinya dalam dunia hiburan tanah air.  Falla Zully atau nama sebenarnya Puteri Nur Farra menceburkan diri dalam dunia hiburan melalui single pertamanya yang bertajuk Aku Ada Kamu sebagai pembukaan permulaan kariernya dalam bidang seni ini.  Lagu Aku Ada Kamu ini dihasilkan oleh komposer Reyza Hamizan dan liriknya ditulis oleh Aiyad Sakti.  Anak kedua Datuk Zulkiflie M. Osman ini juga yakin yang single pertamanya ini bakal diterima baik oleh semua pihak terutamanya pendengar muzik tempatan.  “Ia mengangkat tema biasa iaitu percintaan namun ia bukan sahaja tentang kisah hubungan lelaki dan perempuan sebaliknya merangkumi semua aspek termasuk kepada Tuhan,” katanya, memetik sebuah portal online. Gadis yang berusia 21 tahun ini mendapat sokongan padu daripada bapanya yang mahu melihat dia berjaya dalam bidang ini. ...

#REALITI TV~Gempak Superstar serlah bakat terpendam pelakon

Image
BAKAL bersiaran bermula 10 April nanti setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD, program terbaharu terbitan Astro, Gempak Superstar menampilkan barisan pelakon popular tempatan menyerlahkan bakat mereka sebagai penyanyi.  Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, pemilihan pelakon berdasarkan kemampuan menyanyi menerusi uji bakat.  "Kita tidak pilih secara rawak, sebaliknya uji bakat diadakan terlebih dahulu untuk lihat kekuatan mereka dalam bidang nyanyian.  "Selepas ujian dan penilaian dilakukan, baru peserta dipilih," katanya.  Akui Raqim, terdapat ramai pelakon ingin sertai Gempak Superstar, tetapi kerana terikat dengan jadual dan komitmen lain, mereka terpaksa melepaskan peluang," katanya pada sidang media Gempak Superstar di Live House KL.  Tambah Raqim, 10 peserta terpilih bakal memberi kejutan kepada penonton dan peminat industri seni.  "Ada antara peserta berbakat dalam bidang nyanyian, namun tidak semua.  "Menerusi progr...