#PENAFIAN ~ Saya Bukan 'Klon' Nana Tapi Dia Idola Saya - Wany Hasrita
PENYANYI Wany Hasrita menafikan dirinya adalah klon penyanyi Siti Nordiana seperti yang didakwa netizen mutakhir ini.
Wany berkata, dirinya masih terlalu baru untuk dibandingkan dengan penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran itu yang sudah lebih dua dekad mencipta nama.
"Siapalah saya untuk dibandingkan dengan Nana. Saya orang baharu dan perlu banyak belajar sedangkan Nana penyanyi hebat yang sudah berjaya.
"Bagaimanapun, saya mengakui Nana idola saya dan cukup meminati lagu dendangannya, katanya.
Menurut Wany, dirinya mula dikaitkan dengan Nana kerana menyanyikan lagu duet popular penyanyi itu dan arwah Achik Spin, Memori Berkasih di awal kemunculan.
Malah, dia turut membawakan genre lagu yang sama dengan Nana termasuk Menahan Rindu dan duet bersama adik kepada Achik, Tajul menerusi lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu.
Persamaan antara Nana dan Wany menjadi perdebatan dalam kalangan netizen malah ada yang mendakwa Wany meniru gaya nyanyian Nana.
"Saya akui ada menjadikan Nana sebagai rujukan namun saya membawakan dengan cara saya.
"Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan satu penghargaan apabila peminat menyamakan saya dengan Nana.
Bagaimanapun saya harap peminat menerima saya seadanya tanpa membuat perbandingan," katanya.
-Credit:myMetro