Posts

Showing posts with the label Artis Lelaki

#TAHNIAH ~ Cantiknya isteri baharu Datuk Jamal Abdillah

Image
Datuk Jamal Abdillah dan isteri   BIARPUN ramai yang sudah mengetahui tentang pernikahan Datuk Jamal Abdillah, 59, dan isteri barunya, Zai Izzati Khiruddin, 24, namun baharu hari ini penyanyi Kekasih Awal dan Akhir ini memperkenalkan isterinya secara rasmi kepada umum.  Pernikahan Jamal dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah ini berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 April, tahun lalu.  Jamal yang tampil di majlis sidang media mengumumkan persembahannya sempena Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah petang tadi turut mendedahkan dia dan isteri hanya berkenalan selama dua bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.  “Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.   “Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media.  Berkongsi tentang ciri is...

#WEDDING ANNIVERSARY TERLAJAK LARIS ~ ‘Warna hijau pucuk pisang ni famous masa tu’

Image
DALAM diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudah menginjak 11 tahun, tahun ini.  Susulan itu, pasangan suami isteri ini turut berkongsi momen romantis di laman Instagram (IG) masing-masing.  Pengasas jenama D'Herbs ini mengakui tidak menyangka sahabat baiknya, Nur Shahida adalah suri hati hidupnya lantaran tiada persefahaman, sebelum ini.  Namun, jutawan kosmetik berusia 31 tahun ini tidak mampu menolak jodohnya itu. "11tahun dulu .. dia sahabat saya dan kawan baik satu tempat kerja.. Dulu masa jumpa mula-mula @shahidadherbs rasa tak boleh nak get long sebab dia pendiam dan tegas.   "Saya pula gila-gila.. so macam tak sebulu sangat just kawan OK. Lama-lama tu terasa sayang sebab kami rasa ada keserasian. Tu yang orang tua kata, jangan benci. Nanti suka.. hahahaha... padan muka," tulis Aliff Syukri.  Tidak ketinggalan, isterinya, Nur Shahida turut berkongsi pengalaman ...

#BADANG ~ Macam saya ni kayu, hina sangat: Datuk Seri Aliff Syukri

Image
JUTAWAN kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pelakon-pelakon hebat Malaysia yang berasa tidak senang dengan kehadirannya dalam bidang seni lakon.  Menurut Aliff, dia menerima tawaran berlakon dalam filem Badang setelah ditawarkan oleh pengarah.  "Untuk pengetahuan semua, saya tidak keluarkan duit sesen pun untuk filem ini.Malah saya menerima bayaran sebagai pelakon seperti pelakon yang lain. Itu sahaja.   "Saya bukan penerbit, saya bukan pengarah, saya tak bayar apa pun untuk filem ini. Saya hanya pelakon sahaja. Jadi tidak wajar jika saya seorang yang kena," tegasnya.  Pembawa watak utama filem Badang ini turut bertanya jika dia tidak mempunyai bakat kenapa dia diberikan tawaran berlakon filem?  "Setakat ini saya sudah berlakon enam buah drama, malah cerita Ooops! Terlajak Nikah, Toyol Ke London antara drama lakonan saya yang capai rating tertinggi di Astro. "Kemudian saya juga dicalonkan untuk Artis Lawak MeleTOP , Reali...

#WOW ROMANTIS ~ I love u until jannah: Angah Raja Lawak

Image
Angah Raja Lawak bersama isterinya   TANPA sedar, usia perkahwinan penyampai radio dan pelawak, Angah Raja Lawak genap dua tahun, semalam.  Malah, selebriti berusia 40 tahun ini berkongsi ucapan istimewa untuk isterinya, Amira Asyura Abd Razak, 23, di laman Instagramnya (IG).  "Happy anniversary! Syukur Alhamdulillah dah dua tahun usia perkahwinan kami yang masih muda.   "TQ sayang @asyura_king banyak bersabar dengan karenah-karenah suamimu ini dan TQ juga kerana sentiasa bersikap positif dan sentiasa membuat kita terus menjadi pasangan yang bahagia.. Alhamdulillah..I love u until jannah. insya- ALLAH," tulisnya.  Tidak ketinggalan, Angah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka.  "Terima kasih kepada awak semua yang terus mendoakan kami..," luahnya sambil beserta #happyanniversary, #angahwawa dan #love.   Angah dan Amira Asyura mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.[SH]

#KECOH ~ Apa dah jadi? Siling istana baru Aliff Syukri bocor, air melimpah

Image
Datuk Seri Aliff Syukri menjerit meminta bantuan   SILING di ruang tamu dan bilik di istana milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengalami kebocoran, semalam.  Akibatnya, pengasas jenama D'Herbs ini mengalami kerugian besar apabila perabot dan katil berjenama yang baru dibeli, rosak.  "Saya sangat frust, rumah itu baru saja buat. Memang belum siap sepenuhnya, tapi saya dah pindah masuk sejak dua minggu lalu.   "Bila jadi kejadian ini, menangis saya. Rugi tu taklah, tapi semua perabot itu saya baru saja beli. Jadi, memang terasalah," katanya pada Sinar Harian.  Mengulas lanjut, menurutnya, kejadian mengejutkan itu berlaku ketika sedang beristirehat di rumahnya.   "Saya tengah baring main handphone dan Facebook , tiba-tiba saya terkejut bila terdengar bunyi yang kuat.   "Tiba-tiba saja air turun macam air terjun dan ia buat saya panik sebab saya tak tahu suis utama air.  "Sebabkan rumah ini yang terlalu besar, sampa...

#WOW HEBAT ~ Baju "Pok Ya Cong Codei" laris macam pisang goreng panas

Image
Sabri bersama peminat yang membeli baju Pok Ya Cong Codei keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma.   Pok Ya Cong Codei terus mencetuskan fenomena apabila baju T eksklusif berdasarkan telefilem itu laris terjual bak ‘pisang goreng panas’ sejak mula dipasarkan, Selasa lalu.  Sehingga hari ini, lebih 2,000 helai baju keluaran Akademi Dikir Barat Arjunasukma yang mendapat lesen hak cipta daripada pengarah dan pelakon utama telefilem itu, Sabri Yunus dan syarikat produksi, Balang Rimbun, dijual.  Pengasas akademi, juga pengurus jualan produk itu, Muhd Sulhie Yusof berkata, selain sambutan luar biasa untuk baju T, pihaknya turut menerima permintaan tinggi dari seluruh negara untuk menjadi ejen jualan.  “Sekarang kita ada seramai 15 ejen jualan sah meliputi hampir 30 lokasi seluruh negara yang menjual secara terus dan ada juga jual melalui online,” katanya, semalam.  Menurutnya, pelancaran secara rasmi baju itu akan di-buat oleh Sabri di Kota Bharu pada 22 Febr...

#HOT ~ Farid Kamil dakwa dianiaya, tiga rakan artis beri dadah?

Image
PELAKON dan pengarah Datuk Farid Kamil mendakwa telah dianiaya oleh tiga rakan artis yang memberinya minuman bercampur dadah sehingga dia hilang kawalan dalam kejadian yang berlaku di Balai Polis Kota Damansara, bulan lalu.  Memetik laporan Malay Mail, tiga artis yang dimaksudkan adalah seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.  Selain diberikan minuman yang telah bercampur dengan dadah, Farid juga mendakwa diberikan rokok bersalut dengan cecair yang tidak dikenalpasti sehingga berasa khayal.  Farid juga mendakwa kekerasan dilakukan terhadapnya oleh pihak polis semasa dalam tahanan reman. Farid turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan pada dirinya.  Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya.  Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan Farid telah membuat laporan rasmi.  “Farid membuat la...

#POPULAR ~ Sabri Yunus Kini Jadi Sebutan Kerana Pok Ya Cong Codei

Image
NAMANYA sebelum ini mungkin hanya dikenali sebagai pelakon dalam drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu mahupun tukang karut menerusi rancangan Karoot Komedia X. Namun siapa sangka dengan hanya satu telefilem, nama Sabri Yunus kini telah menjadi sebutan di bibir netizen kerana wataknya menerusi telefilem bertajuk Pok Ya Cong Codei.  Menurut Sabri Yunus, 57, pada mulanya dia tidak mahu mempopularkan watak Pok Ya yang diciptakannya. Sabri yang turut merupakan pengarah dan pelakon itu sama sekali tidak menyangka bahawa telefilem Pok Ya Cong Codei telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sejak ianya mula ditayangkan pada 20 Januari lalu. Setelah melibatkan diri di dalam telefilem berkenaan, jadual hariannya semakin padat bagi mempromosikan setelah ianya disiarkan menerusi siaran Astro Mustika dan Citra.  Penerimaan terhadap telefilem itu bertambah hangat apabila watak itu turut menjadi sebutan oleh penonton dari luar negara.  “Saya tidak terfikir sambutan ya...

#GEMPAR PANAS ~ Aliff Syukri meraung hilang anak seketika di Lombok

Image
ANAK Alif Syukri, Ibraheem Adham atau Baim selamat ditemui oleh pekerja resort.   Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 32, menempuh detik cemas apabila anak bongsunya, Ibraheem Adham, 4, hilang tatkala mereka sekeluarga dan kakitangan D’Herbs sedang seronok bercuti di pusat percutian Gili Terawangan, Lombok, Indonesia.
  Berkata kepada Utusan Online , Aliff yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid serta dua lagi anak mereka, Ahmad Rayyan, 11, dan Qadejah El Zahra, 6, terkejut setelah mendapati Ibraheem hilang sejurus selesai melakukan aktiviti sukaneka.
  Selain keluarga, dia turut membawa kira-kira 40 kakitangan dan stokis D’Herbs dari seluruh Malaysia bercuti ke pulau itu sebagai tanda penghargaan di samping mengeratkan silaturahim.
  “Alang-alang itu, dianjurkan juga beberapa aktiviti sampingan agar percutian ini tidak membosankan dan lebih bermakna. 
   “Pun begitu, sukaneka hanya melibatkan ora...

#RESEPSI PERKAHWINAN ~ Bapa Yuna buat kejutan

Image
Majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu yang terdiri daripada golongan diraja, saudara-mara dan kenalan rapat.   PUTRAJAYA - Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan kepada tetamu apabila mendendangkan dua buah lagu iaitu Corazon Espinaado dari Santana sambil bermain gitar dan hit milik Ed Sheeran, Perfect pada majlis resepsi anaknya, Yuna dan Adam yang berlangsung di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .  Selain bapa Yuna, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari juga membuat kemunculan bersama Aizat dengan mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu yang merupakan lagu duet Bunga bersama Ari Lasso.  Rakan penyanyi bertaraf antarabangsa itu, Dez Duron dari Amerika Syarikat turut mempersembahkan sebuah lagu buat mempelai.  Pengantin baru itu memilih tema tradisional sentuhan Reka Teemor kelihatan mempersona dalam persalinan busana pengantin tradisional Perak berona putih rekaan Hatt...

#WOWWW ~ 'Pok Ya Cong Codei lebih popular dari Fattah Amin'

Image
Sabri Yunus tak sangka, gembira Pok Ya jadi bualan ramai.   SEJAK ditayangkan pada 20 Januari lalu, telefilem Pok Ya Cong Codei kini menjadi viral di media sosial.  Ceritanya mengenai seorang samseng yang sudah berumur dari Kelantan ditugaskan mencari seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.  Di dalam pencarian itulah bermulanya pelbagai kisah-kisah lucu yang berlaku.  Antaranya adalah nama Cong Codei sendiri yang sebenarnya merujuk kepada sebuah hotel di Kuala Lumpur iaitu 'Concorde'.  "Sebenarnya Cong Codei ini asalnya terjadi pada tahun 70-an, ada yang tersalah cakap dan dah tersebar.  "Jadi bila adik ipar saya ceritakan balik saya rasa boleh gunakan dan jadikan ia satu cerita," ujar Sabri ketika dihubungi Sinar Harian.   Sementara Pok Ya itu pula adalah watak rekaan namun sifat-sifatnya adalah dari watak-watak yang benar.  "Pok Ya ini 'gedebe' iaitu seorang yang garang, tidak boleh ditegur namun turut mempunyai hati yang baik, seo...

#PANAS ~ Penerbit tak gentar ugutan saman Farid Kamil

Image
Penerbit dan novelis popular tanah air, Siti Rosmizah Semail (gambar) tidak teragak-agak untuk menyaman aktor, Datuk Farid Kamil yang didakwa melanggar beberapa syarat ketika penggambaran drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu (LKC) .  Siti Rosmizah mendakwa, sikap tidak berdisiplin aktor terbabit menyebabkan beliau mengalami kerugian ketika menghasilkan drama arahan Jalena Rejab dan Along Kamaluddin itu.  "Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran.  Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.   "Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu.  Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa. "Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya d...

#TEKA-TEKI ~ Farid Kamil Buat Repot Polis...Apa Motifnya?

Image
Jumpa di mahkamah esok - Farid Kamil STATUS yang dikongsi di Instagram Farid Kamil kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi.- Foto ihsan @faridkamilz   Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, menyatakan mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya tanpa menyebut individu dimaksudkan.  Pada masa sama, beliau turut berharap masyarakat dapat mendoakan supaya perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu mampu ditempuhi dengan penuh kesabaran.  "Assalamualaikum. Terima kasih di atas iringan doa daripada kalian. Semoga Allah SWT akan terus merahmati kita semua. Insya-Allah, dengan kudrat yang masih tinggal, saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.   "Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat ditempuhi. Amin," katanya dalam status yang dikongsi di Instagramnya kira-kira jam 1.40 tengah hari semalam.  Menerusi perkongsian di akaun @faridkamilz yang diikuti 774,000 peminat itu, bel...

#TAHNIAH ~ ‘Ku Rela Dibenci’ Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Image
Kalau memang rezeki sudah ditentukan Allah, sememangnya tiada satu makhluk pun yang mampu menghalangnya lagi.  Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records.  Aiman meluahkan rasa terharu apabila lagu hasil ciptaan bapanya sendiri, Yusri Ishak itu mencipta sejarah apabila tersenarai dalam catatan terbaharu buku rekod terbaik tempatan itu.  Aiman berkata, dia sememangnya tidak menyangka single sulungnya itu menerima jumlah tontonan tertinggi di laman penstriman video popular YouTube sehingga layak menerima penghargaan itu.  “Tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut tersenarai sebagai lagu paling banyak tontonan. “Lagu itu sendiri sangat bermakna dalam hidup saya kerana di situlah bermulanya karier saya sebagai penyanyi,” katanya dipetik mStar Online .  Menurut pemuda berusia 19 tahun ini lagi, majlis penyerahan sijil penghargaan itu akan diada...

#APA DAH JADI ? ~ Rolls Royce Datuk Aliff Syukri Di Sita JPJ...

Image
Kereta Rolls Royce yang didaftarkan atas nama Datuk Aiff Syukri disita kerana kesalahan LKM.   KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D'herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.  Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).  Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri. Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.  Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.  “Siasatan mendapati har...

#FANATIK ~ Penyanyi ‘Zalikha’ Floor 88 ditawarkan RM15,000 Jika Serah Foto Bogel

Image
Terkenal melalui lagu 'Zalikha,' Ayie Elham terkejut menerima tawaran RM15,000 untuk foto bogelnya. ― Foto ihsan Instagram/Ayie Elham F88  Vokalis kumpulan baru, yang semakin meningkat naik, Floor 88 ditawarkan RM15,000 jika sanggup menyerahkan foto bogel.  Ayie Elham, 20, menerima tawaran lelaki itu, berdasarkan foto profilnya, melalui mesej peribadi di Instagram miliknya, lapor Harian Metro .  Tidak tahu niat sebenar individu terbabit, beliau menganggap ia sebagai "gurauan atau suka-suka" sahaja.  "Sebab itu saya hanya baca dan buat tidak tahu saja. Warga Uniten! See you tomorrow guys.😘 #Floor88 #UnitenWOW A post shared by AyieElham . 2wenty (@ayieelhamf88) on Nov 6, 2017 at 8:03am PST "Tapi memang saya terkejut sebab ini kali pertama mendapat mesej sebegitu," kata Ayie, nama pentas Nik Fadlee Elhamshah.  "Kalau betul dia ingin melakukan perkara ini, dia memang berani."   Ayie, penyanyi kumpulan enam anggota yang terkenal dengan ...

#BUNUH DIRI ~ Ahli Grup SHINee, Jonghyun ditemui mati

Image
AHLI grup SHINee , Jonghyun ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang tadi waktu tempatan lapor Channel News Asia.  Pihak berkuasa mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak berkuasa di dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di sana.  "Pada jam 4.42 petang tadi, kakak Jonghyun melaporkan bahawa adiknya akan membunuh diri, kami segera ke kediamannya dan mendapati dia telah melakukan percubaan tersebut menggunakan briket arang.  "Kami segera memberikan bantuan kecemasan dan membawanya ke Hospital Universiti Konkuk kerana dia menunjukkan simptom serangan jantung," katanya.  Sebab kematian adalah kerana keracunan karbon monoksida.

#TAHNIAH ~ Aishah dinobatkan juara Gegar Vaganza Musim Ke-4

Image
Penyanyi Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4).   PENYANYI Aishah muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang dipancarkan secara langsung dari Pinewood, Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru malam tadi.  Aishah tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Hazami, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.  Kehebatan vokal penyanyi yang pernah muncul menerusi kumpulan Aishah & The Fan Club ini sememangnya tidak boleh dinafikan apatah lagi dengan penghayatan hebat yang diberikan menerusi persembahannya untuk segmen solo sehingga mendapat standing ovation daripada juri tetap Hety Koes Endang.  Kemenangan ini sekaligus melayakkan Aishah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar membeli belah bernilai RM6,000 ...

#GOSIP PANAS ~ Erry Putra Tunggu ‘Lampu Hijau’ Pinang Cikgu

Image
Kekecewaan hati pelakon dan penyanyi Erry Putra dek kerana hubungannya cinta yang lalu tidak berpanjangan akhirnya terubat selepas dia bertemu pengganti.  Pelakon drama Andainya Takdir ini mengakui hatinya kini sudah dimiliki seorang gadis. Malah dia sedang menunggu lampu hijau daripada kekasihnya untuk masuk meminang sekali gus menyunting gadis tersebut menjadi isterinya, lapor Utusan.  “Saya sudah ada pengganti dan hanya menunggu `lampu hijau’ daripadanya memandangkan dia seorang guru pelatih di sebuah sekolah.  Jadi, dia meminta masa terlebih dahulu,” jelasnya.  Enggan berkongsi nama kekasihnya buat masa ini, kata Erry pertemuan pertama mereka berlaku ketika dia datang ke sekolah kekasihnya itu atas urusan kerja.  “Apa yang boleh saya beritahu dia berasal dari Perak dan merupakan seorang guru pelatih sahaja.  “Memang saya yang mendekatinya dahulu, Jangan risau kalau semuanya sudah disahkan saya akan kongsi,” tambahnya lagi.  Mengenai perkembangan s...

#KENANGAN ~ Aktor Bollywood Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Image
Pelakon ikon veteran terkenal Bollywood, Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 judul filem, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 79 tahun di Mumbai.  “Mendiang disahkan meninggal dunia pukul 5.20 petang pada 4 Disember di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani selepas sehari dimasukkan,” dedah Dr. Ram Narain, pengarah eksekutif hospital berkenaan di Versova, Mumbai.  Dalam petikan laporan portal Indian Express , legenda filem Hindi itu yang pernah menjadi produser dan sutradara; dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan pada malam Ahad, bagi menjalani rawatan jangkitan paru-paru.  Aktor tersebut pernah bertarung dengan keadaan serupa pada tahun 2014, selepas menjalani pembedahan pintas.  Shashi Kapoor meninggalkan anak perempuan, Sanjana Kapoor serta dua anak lelakinya iaitu Kunal dan Karan.  Merupakan anak Prithviraj Kapoor dan Ramsarni Kapoor serta adik lelaki bongsu kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, menurut media tempatan, mendiang pertama kali b...