Posts

Showing posts with the label Datuk Siti Nurhaliza

#ANUGERAH ~ Rezeki Berganda Siti Nurhaliza Selepas Umum Kehamilan

Image
ORANG kata bila berkahwin, pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya. Sama seperti murahnya rezeki seorang ibu yang sedang hamil.  Itulah yang dirasa kini oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru mengumumkan berita kehamilannya itu pada Jumaat lalu.  Sehingga semalam, sudah tiga anugerah yang diterima penyanyi itu selepas berkongsi berita gembira bersama peminat.  Sabtu lalu, sehari selepas berita kandungannya disahkan, lagu duet yang dinyanyikan Siti bersama Faizal Tahir iaitu Dirgahayu telah memenangi Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 menerusi kategori Duo Terbaik . Kemudian, pada malam Anugerah Silet 2017 yang berlangsung pada Isnin lalu di Jakarta, Indonesia, sekali lagi lagu dendangan Siti memenangi hati juri.  Lagu Seluruh Cinta nyanyiannya dengan Cakra Khan diumumkan menjadi juara kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet di Anugerah Silet 2017.  Lagu itu telah berjaya mendapat tempat di hati netizen di sana kerana menjadi lagu tema b...