Posts

Showing posts with the label Fattah Amin

#GOSIP PANAS ~ Fattzura Sudah Tunang 13 Nov Lalu, Bakal Nikah Masa Terdekat

Image
TEKA-TEKI mengenai spekulasi ‘pernikahan’ pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura beberapa hari lalu akhirnya terjawab.  Pasangan tonggak utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella ini mendedahkan bahawa mereka masih belum bernikah, tetapi sudah bertunang pada 13 November lalu.  Bagaimanapun, pasangan tersebut turut mengesahkan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Perkara tersebut telah diumumkan dalam satu sidang media rasmi yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang, semalam.  Dalam pada itu, Fazura memberitahu beliau mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak media yang tidak bertanggungjawab telah menyiarkan gambar rumah keluarganya baru-baru ini. Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan berita kononnya pasangan ini ‘bernikah’ dalam diam pada malam Selasa lalu.  Beberapa media melaporkan, majlis tersebut hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan pelakon ini sahaja.  Bagaimanapun, perkara itu ...

#ARTIS HOT ~ Fattah Amin, Fazura popular di carian Google

Image
NAMA pasangan ‘kekasih’ Fattah Amin dan Nur Fazura terus menjadi trending di carian Google.  Menerusi bancian di Google Trends , pelayar internet dari Terengganu lebih banyak membaca berita tentang Fattah Amin dan Nur Fazura ini.  Sejak digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderalla, pasangan ini terus mencipta fenomena dengan tanda pagar #fattzura di media-media sosial. Tidak hanya pasangan dalam drama, kisah cinta mereka dikatakan terbawa-bawa ke luar.  Dari hubungan sebagai kawan, bertukar kepada kawan istimewa dan kini pasangan ini dikatakan sudah mengikat tali pertunangan sehari sebelum kedua-duanya berangkat ke Tanah Suci 15 November lalu.  Biarpun masih tiada perkataan keramat ‘ya.. kami sudah bertunang’ daripada kedua-duanya, Fattah Amin dan Nur Fazura terus diburu peminat terutama di media sosial.  Setiap ketika, peminat menunggu perkembangan mereka dari masa ke masa.[SH]

#GOSIP PANAS ~ “Doa Yang Baik, Kalau Ada Jodoh Apa Salahnya” – Fazura

Image
NAMPAKNYA demam Fattzura masih belum reda lagi dalam kalangan peminat drama Hero Seorang Cinderella (HSC) .  Hubungan rapat yang terjalin sejak tujuh bulan lalu membuatkan ramai peminat berteka-teki mengenai status hubungan kedua-duanya.  Terbaharu, ada khabar angin mengatakan yang Fattah dan Fazura bakal melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 13 November ni! Betul ke ni nak bertunang dah?  Bagi pelakon cantik Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, dia langsung tidak menolak jika sudah tertulis bahawa jodohnya memang untuk bersama dengan Fattah. Doa yang diberikan oleh peminat sangat diharapkan oleh pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun itu kerana apa yang terjadi itu langsung tidak memerikan tekanan kepada dirinya.  “Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk.  Jadi tidak salah saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya.   “Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC...