Posts

Showing posts with the label Ogy

#SEMANGAT OTAI~Ogy Belum Berhasrat Tinggalkan Dunia Seni

Image
Fauziah Ahmad Daud saran pelakon ambil kelas lakonan.   PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Ahmad Daud memberitahu dia tidak meletakkan sasaran tertentu untuk bersara dan meninggalkan dunia seni tanah air.  Fauziah atau lebih mesra dipanggil sebagai Ogy berkata, dia pernah terfikir ke arah itu beberapa tahun lalu, namun gagal melaksanakannya kerana minat yang terlalu kuat dalam bidang berkenaan.  "Saya tidak menetapkan bila akan bersara kerana setiap kali datang skrip yang hebat saya akan rasa tercabar untuk melakukannya.  "Dulu ketika pulang daripada umrah saya ada fikir untuk berhenti dan keluar dari industri tapi akhirnya saya kembali semula berlakon. Jadi lebih baik saya tidak tetapkan bila saya rasa nak bersara" ujarnya kepada mStar Online.  Fauziah menerima anugerah khas juri iaitu Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu. Fauziah m...