Posts

Showing posts with the label Lefthanded

#ALFATIHAH~Man Dayak Lefthanded Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Image
ALLAHYARHAM Man Dayak (dua dari kanan) meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. - Foto FB Man Kidal   KUALA LUMPUR: Pemain dram kumpulan Lefthanded yang dikenali dengan nama Man Dayak, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi selepas mengadu sesak nafas.  Vokalis kumpulan itu, Nash, ketika dihubungi BH Online, memberitahu Allahyarham Man Dayak atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Othman, 54, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.  "Saya mendapat panggilan tengah malam tadi dan terus bergegas ke rumah arwah di Skudai Kiri, Johor.  "Syukur saya sempat sampai dan bersama rakan-rakan termasuk Man Kidal menguruskan jenazah arwah," katanya yang sedang mengendalikan urusan memandikan jenazah.  Nash berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Jalan Tampoi, Johor Bahru.  Nash berkata, arwah adalah sahabat yang berbakat besar dalam bidang muzik.  "Arwah membuat keputusan berhenti daripada kumpulan ...