Posts

Showing posts with the label Siti Nurhaliza

#DEDIKASI ~ Tok Ti Dapat Ilham Cipta Lagu Untuk Anak Ketika Di Bilik Mandi

Image
Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat ilham mencipta lagu khas untuk anaknya ketika berada di bilik mandi. — Foto ihsan TheHive.Asia   Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sebuah lagu khas sebagai hadiah untuk anak sulungnya yang dijangka lahir pada Mac depan.  Penyanyi nombor satu negara yang kini hamil enam bulan berkata ilham datang ketika berada di bilik mandi, lapor Utusan Online.  “Saya akan rakam lagu tersebut sebelum bersalin. Setakat ini saya sudah ada tiga melodi dan akan dipilih satu yang terbaik.   “Buat masa ini saya belum dapatkan tajuk dan lirik yang sesuai.  Apabila sudah ada lirik, barulah saya akan dapatkan tajuknya,” katanya.  Pengasas kosmetik SimplySiti itu masih merahsiakan kandungan jantina kandungannya kepada umum kerana menghormati permintaan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.[MMO]

#ROMANTIK ~ Sejak Hamil, Datuk K Akui Siti Semakin Manja

Image
KETIKA seluruh nusantara meraikan berita kehamilan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza selepas 11 tahun berumah tangga, fokus ditumpukan kepada suaminya pula kali ini.  Akui Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, isterinya semakin manja dan gemar ‘berkepit’ sepanjang empat bulan pertama mengandung, namun katanya, sikap manja Siti itu tidaklah menjadi satu beban untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: #TAHNIAH ~ DATUK SITI NURHALIZA SAH HAMIL 4 BULAN  Kongsi Khalid lagi, isterinya akan sering menanyakan di mana dirinya jika beliau pulang lewat sedikit daripada pejabat dan sentiasa inginkan lelaki itu dekat dengan dirinya. “Siti memang manja, malah itu sifat semula jadinya. Cuma, sejak hamil, saya perlu memberikannya lebih perhatian kerana Siti sukar berenggang dan tidak mahu kami berjauhan terlalu lama.   “Jika keluar bekerja, pada jam 4 petang, Siti pasti akan menghantar pesanan bertanya saya di mana. Bagi saya, itu perkara biasa terutama bagi seseorang yang sedang melalui fasa baharu...

#TAHNIAH ~ Datuk Siti Nurhaliza Sah Hamil 4 Bulan

Image
Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.  Pengesahan itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor. Menurut Siti, kandungan beliau sudah berusia empat bulan.  Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.  Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam, Siti memuat naik entri di Instagram untuk memberitahu tentang pengumuman tersebut.  Menerusi sesi ‘live’ tersebut, beliau juga berkata yang beliau akan membantu wanita yang senasib dengan dirinya.  Siti juga berkata beliau akan berehat dari karier nyanyiannya walaupun ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi beliau.  Spekulasi sudah mula bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu tentang beberapa persoalan terrmasuk perihal peribadi itu.  Siti mendirikan rumahtangga dengan usahawan, Khalid kira-kir...

#BIOR BETIK ~ Tok Ti Vs DS Najib PRU14 Di Pekan?

Image
Ada khabar angin mengatakan parti serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengenal pasti calon untuk berdepan Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Pekan.  Calonnya? Tak lain tak bukan penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza binti Tarudin yang merupakan anak jati Pahang.  Setidak-tidaknya begitulah desas-desus yang menarik perhatian sesetangah pihak. BERSATU bagaimanapun menafikan khabar angin itu.  “Berita palsu,” kata Pengerusi Biro Polisi dan Strategi Dr Rais Hussin melalui pesanan ringkas kepada Malaysiakini.  Beliau berkata demikian sebagai menjawab imej ala poster pilihanraya dengan Siti Nurhaliza sebagai calon BERSATU di parlimen Pekan.  Poster itu disebarkan di laman sosial dan turut dikongsi oleh akaun Facebook pro-BN, Friends of BN.  Sin Chew Daily melaporkan pengurus Siti Nurhaliza enggan mengulas apabila ditanya tentang poster itu. Jika benar terjadi, ia bukan kali pertama penyanyi pop dicalonkan oleh pembangkang untuk bert...

#GAMBAR ~ Tahniah Datuk Siti Dan Datuk K Sambut Ulangtahun Perkahwinan ke-11

Image
Pada tanggal 21 Ogos 2006 merupakan tarikh dimana Datuk Siti Nurhaliza, 38, dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), 58, disatukan sebagai suami isteri dan semalam Datuk Siti dan suaminya telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-11.  Diminta mengulas sisi peribadi isterinya, Datuk K menyifatkan kehadiran Siti selama 11 tahun sebagai suri hati dalam hidupnya merupakan anugerah terbaik pernah beliau miliki.  Datuk K berkata, keprihatinan dan sikap ambil berat Siti yang pernah menjaganya ketika dia terlantar sakit antara yang tidak akan dilupakannya selagi hayat dikandung badan.  "Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (sewaktu sakit) dengan penuh ketabahan.  "Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang," luah Datuk K.  Pengorbanan yang dimaksudkan Datuk K itu ketika beliau terlantar sakit selepas mengalami kecederaan parah kerana terlibat dalam kemalangan motosika...

#BIOR BETIK ~ Datuk Siti Nurhaliza Menjadi Pembaca Berita RTM?

Image
KECOH pengguna media sosial tanah air apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan beralih arah kepada bidang baharu pula iaitu sebagai penyampai berita di sebuah stesen televisyen.  Rupa-rupanya ramai netizen terkejut apabila mengetahui bahawa ‘Siti Nurhaliza’ yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Normazalina Mohd. Nor, yang menjadi penyampai berita Nasional 8 di TV1 terbitan RTM. Ramai malahan mengatakan wajah mereka banyak persamaan dan wanita itu mula menjadi perhatian apabila gambarnya sedang membaca berita jam 8 malam menjadi tular menerusi laman sosial sejak minggu lalu.  Normazalina, 33, atau lebih selesa dipanggil Lina berkata, dia bahkan terkejut apabila menerima komen dan reaksi ramai netizen tempatan yang menegur wajahnya memang seakan-akan penyanyi tersohor tersebut.  “Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini jadi viral (tular) dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza. Pada saya tidaklah sama, mungki...

#TERUJA~Siti Liza Terkejut Terima Ucapan Daripada Siti Nurhaliza

Image
Siti Liza   PENYANYI Indonesia Siti Liza menzahirkan rasa terharu dan gembira apabila menerima hadiah paling bermakna dalam hidupnya iaitu ucapan daripada penyanyi kesayangannya Datuk Siti Nurhaliza.   Seperti dilapor Detik Hot, penyanyi lagu Dua Hati yang menyambut kelahiran ke 28 pada 27 April itu terkejut apabila seorang penyanyi terkenal menerusi laman sosial Instagram menyanyikan lagu hari jadi kepadanya.  Siti Nurhaliza   "Hadiah paling istimewa buat saya tahun ini ialah menerima ucapan hari lahir daripada idola saya Siti Nurhaliza menerusi Instagram .  "Saya gembira dan menjerit ketika menerima kiriman itu.  Saya juga menontonnya beberapa kali kerana seperti tidak percaya dan ini merupakan video terindah dalam hidup saya," ujarnya.  Siti Liza merupakan penyanyi yang terlalu menggagumi Siti Nurhaliza daripada segi suara dan tingkah laku wanita itu.[mStar]