#DEDIKASI ~ Tok Ti Dapat Ilham Cipta Lagu Untuk Anak Ketika Di Bilik Mandi
Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat ilham mencipta lagu khas untuk anaknya ketika berada di bilik mandi. — Foto ihsan TheHive.Asia
Penyanyi nombor satu negara yang kini hamil enam bulan berkata ilham datang ketika berada di bilik mandi, lapor Utusan Online.
“Saya akan rakam lagu tersebut sebelum bersalin. Setakat ini saya sudah ada tiga melodi dan akan dipilih satu yang terbaik.
“Buat masa ini saya belum dapatkan tajuk dan lirik yang sesuai.
Apabila sudah ada lirik, barulah saya akan dapatkan tajuknya,” katanya.
Pengasas kosmetik SimplySiti itu masih merahsiakan kandungan jantina kandungannya kepada umum kerana menghormati permintaan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.[MMO]