Posts

Showing posts with the label Yuna

#RESEPSI PERKAHWINAN ~ Bapa Yuna buat kejutan

Image
Majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu yang terdiri daripada golongan diraja, saudara-mara dan kenalan rapat.   PUTRAJAYA - Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan kepada tetamu apabila mendendangkan dua buah lagu iaitu Corazon Espinaado dari Santana sambil bermain gitar dan hit milik Ed Sheeran, Perfect pada majlis resepsi anaknya, Yuna dan Adam yang berlangsung di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .  Selain bapa Yuna, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari juga membuat kemunculan bersama Aizat dengan mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu yang merupakan lagu duet Bunga bersama Ari Lasso.  Rakan penyanyi bertaraf antarabangsa itu, Dez Duron dari Amerika Syarikat turut mempersembahkan sebuah lagu buat mempelai.  Pengantin baru itu memilih tema tradisional sentuhan Reka Teemor kelihatan mempersona dalam persalinan busana pengantin tradisional Perak berona putih rekaan Hatt...

#TAHNIAH ~ 'Tak mahu berlebih-lebih' kata Yuna

Image
YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, jumaat lalu.  Yuna, 32, ketika ditemui Harian Metro, berkata siapa yang mengenali dirinya pasti tahu dia seorang yang kurang berkongsi cerita peribadi kepada umum.  “Bukan nak berahsia tetapi saya cuma tidak mahu berlebih-lebih pada hari bahagia saya.   “Lagipun saya memang menginginkan hari pernikahan saya privasi,” katanya.  Menurut Yuna, hari bahagianya hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan sahabat terdekat.  “Kira-kira 300 tetamu saja yang hadir kerana saya memang nak majlis pernikahan ini hanya membabitkan keluarga terdekat tanpa gangguan daripada pihak luar.  “Lagipun persiapan majlis dilakukan sendiri dan memerlukan kerja keras yang banyak daripada kedua-dua pihak,” katanya. Sementara itu, Yuna memberitahu dia belum menetapkan destinasi berbulan madu.  Namun, katanya, bercadang ...

#TAHNIAH ~ Yuna Jatuh Cinta Dengan Rakan Baik Sendiri

Image
TAHNIAH diucapkan buat Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai atas pertunangan bersama jejaka kelahiran Arab Saudi, Adam Yusuf Sinclair baru-baru ini.  Majlis tersebut telah berlangsung di kediaman milik ibu bapa wanita itu di Shah Alam, Selangor. Sekali lagi tahniah buat Yuna dan Adam!  Penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini tidak ketinggalan berkongsi perasaannya setelah bergelar tunangan orang. Menurutnya, dia berasa dia merupakan seorang gadis yang bertuah. Haaa… apa yang bertuahnya tu Yuna oi? Dia berasa bertuah kerana jatuh cinta dengan sahabat baiknya sendiri.  “Dia tidak mengejar saya, mempunyai keraguan tentang diri ini menunjukkan bahawa dia seorang yang berhati-hati memilih teman hidup.  “Tiada bisikan romantik di telinga tetapi tidak terlepas menjawab panggilan telefon saya, tidak menghebohkan hubungan kami di media sosial.  ‘Ini kerana baginya, saya adalah permata tersembunyi, bukannya permainan baru yang perlu ditunjuk satu dunia,” tulisnya menerusi ...

#PENGAKUAN~Yuna tidak pernah rasa tertindas bertudung di AS

Image
Yuna   PENYANYI Antarabangsa berasal dari Malaysia Yunalis Zarai, 29, yang kini berkelana di Amerika Syarikat tidak pernah rasa tertindas dengan imej Islamnya sebaliknya merasa bebas seperti orang lain.  Katanya, ada cakap-cakap orang yang menyarankan agar dia membuka tudung kerana sudah tidak lagi menetap di Malaysia.  "Ada orang berkata, saya sepatutnya menunjukkan rambut (menanggalkan tudung) kerana saya bukan lagi berada di Malaysia. Saya sepatutnya menunjukkan bentuk badan dan berbangga dengannya.  "Kepada mereka saya katakan, menutup aurat adalah pilihan saya. Saya tidak pernah rasa tertindas, sebaliknya saya rasa bebas," kata Yuna dalam satu temubual dengan majalah Bilboard terbitan Hollywood.  Yuna yang kini makin melebarkan sayapnya di bumi 'uncle Sam' makin mendapat tempat di negara tersebut, terbaharu lagu dendangannya bersama Usher, berjudul Crush berjaya menduduki tangga ke-18 dalam carta Adult R &B Songs di AS minggu ini.  Dalam pada ...