#PENGAKUAN~Yuna tidak pernah rasa tertindas bertudung di AS
Yuna
Katanya, ada cakap-cakap orang yang menyarankan agar dia membuka tudung kerana sudah tidak lagi menetap di Malaysia.
"Ada orang berkata, saya sepatutnya menunjukkan rambut (menanggalkan tudung) kerana saya bukan lagi berada di Malaysia.
Saya sepatutnya menunjukkan bentuk badan dan berbangga dengannya.
"Kepada mereka saya katakan, menutup aurat adalah pilihan saya.
Saya tidak pernah rasa tertindas, sebaliknya saya rasa bebas," kata Yuna dalam satu temubual dengan majalah Bilboard terbitan Hollywood.
Yuna yang kini makin melebarkan sayapnya di bumi 'uncle Sam' makin mendapat tempat di negara tersebut, terbaharu lagu dendangannya bersama Usher, berjudul Crush berjaya menduduki tangga ke-18 dalam carta Adult R &B Songs di AS minggu ini.
Dalam pada itu, ketika berbicara mengenai artis yang dikaguminya di AS, Yuna menjadikan Rihanna sebagai pemangkin kepadanya untuk berkarya.
"Adalah amat mudah untuk menjadi diri sendiri dan tidak perlu berusaha kelihatan seperti Rihanna,"katanya yang hanya menjadikan Rihanna sebagai 'teman karyanya' bukan untuk kelihatan seperti Rihanna.[SH]