Posts

Showing posts with the label Artis Kahwin

#TAHNIAH ~ Cantiknya isteri baharu Datuk Jamal Abdillah

Image
Datuk Jamal Abdillah dan isteri   BIARPUN ramai yang sudah mengetahui tentang pernikahan Datuk Jamal Abdillah, 59, dan isteri barunya, Zai Izzati Khiruddin, 24, namun baharu hari ini penyanyi Kekasih Awal dan Akhir ini memperkenalkan isterinya secara rasmi kepada umum.  Pernikahan Jamal dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah ini berlangsung di Ipoh, Perak pada 1 April, tahun lalu.  Jamal yang tampil di majlis sidang media mengumumkan persembahannya sempena Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah petang tadi turut mendedahkan dia dan isteri hanya berkenalan selama dua bulan sahaja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.  “Urusan kahwin saya dan isteri dipermudahkan dan saya anggap ia sebagai anugerah dari Allah SWT pada saya.   “Saya dikurniakan isteri pada usia begini membuatkan saya amat menghargainya dan akan menjaganya sebaik yang mungkin meskipun jarak usia kami terlalu jauh,” katanya kepada media.  Berkongsi tentang ciri is...

#RESEPSI PERKAHWINAN ~ Bapa Yuna buat kejutan

Image
Majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu yang terdiri daripada golongan diraja, saudara-mara dan kenalan rapat.   PUTRAJAYA - Bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias membuat kejutan kepada tetamu apabila mendendangkan dua buah lagu iaitu Corazon Espinaado dari Santana sambil bermain gitar dan hit milik Ed Sheeran, Perfect pada majlis resepsi anaknya, Yuna dan Adam yang berlangsung di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .  Selain bapa Yuna, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari juga membuat kemunculan bersama Aizat dengan mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu yang merupakan lagu duet Bunga bersama Ari Lasso.  Rakan penyanyi bertaraf antarabangsa itu, Dez Duron dari Amerika Syarikat turut mempersembahkan sebuah lagu buat mempelai.  Pengantin baru itu memilih tema tradisional sentuhan Reka Teemor kelihatan mempersona dalam persalinan busana pengantin tradisional Perak berona putih rekaan Hatt...

#TAHNIAH ~ 'Tak mahu berlebih-lebih' kata Yuna

Image
YUNALIS Mat Zara’ai atau Yuna tidak berniat merahsiakan majlis pernikahannya dengan Adam Sinclair yang berlangsung tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang, jumaat lalu.  Yuna, 32, ketika ditemui Harian Metro, berkata siapa yang mengenali dirinya pasti tahu dia seorang yang kurang berkongsi cerita peribadi kepada umum.  “Bukan nak berahsia tetapi saya cuma tidak mahu berlebih-lebih pada hari bahagia saya.   “Lagipun saya memang menginginkan hari pernikahan saya privasi,” katanya.  Menurut Yuna, hari bahagianya hanya dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan sahabat terdekat.  “Kira-kira 300 tetamu saja yang hadir kerana saya memang nak majlis pernikahan ini hanya membabitkan keluarga terdekat tanpa gangguan daripada pihak luar.  “Lagipun persiapan majlis dilakukan sendiri dan memerlukan kerja keras yang banyak daripada kedua-dua pihak,” katanya. Sementara itu, Yuna memberitahu dia belum menetapkan destinasi berbulan madu.  Namun, katanya, bercadang ...

#TAHNIAH ~ Datuk Jalaluddin Hassan Selamat Bernikah Lagi Untuk Kali Ke-3

Image
Dengan sekali lafaz, pelakon veteran Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani, 44.  Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada pukul 10.55 pagi dalam majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Kuala Lumpur.  Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abdul Ghani dihadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor.  Jalaluddin, 63, menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin kepada Rapidah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.  Rapidah yang juga seorang ibu tunggal turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 daripada pihak pengantin lelaki berbalas tujuh dulang.  Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.  Dalam pada itu, pasangan mempelai turut diraikan dalam sebuah majlis kenduri yang diadakan secara...

#TAHNIAH ~ Aishah Akui Kahwin Lagi Lepas 3 Kali Bercerai

Image
RASANYA nama penyanyi lagu Janji Manismu seakan-akan ‘hilang’ daripada industri hiburan tanah air buat beberapa ketika.  Namun, baru-baru ini nama Aishah kembali disebut-sebut apabila membuat kejutan menjadi antara 12 peserta program Gegar Vaganza musim keempat yang akan bermula pada 29 Oktober ini.  Dalam pada itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas berpisah dengan suami ketiganya pada 2011 yang lalu.  Biarpun begitu, penyanyi ini enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkahwinan terbarunya itu.  “Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya dipetik laporan mStar Online.  Mengenai program pertandingan realiti yang disertainya itu, Aishah menyatakan dia mendapat sokongan dan galakan daripada suaminya sendiri. Bagaimanapun, penyanyi ini mengharapkan tiada pihak yang mencampur aduk kerjaya seninya dengan penglibatannya dalam bidang p...

#SYUKUR ~ Erra Fazira berlapang dada dan gembira anak dapat menerima ibu tiri

Image
Erra akui anaknya gembira dengan kehadiran ibu tiri. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI PELAKON popular Erra Fazira meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal berkahwin dengan pelakon Laudya Cynthia Bella.  Erra, 42, berkata dia bersyukur dan berlapang dada apabila Emran kali pertama memperkenalkan calon isteri yang juga bakal ibu kepada anak mereka Engku Aleesya.  "Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.   "Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut," katanya kepada Harian Metro.  Erra yang juga pelakon filem Sembilu memberitahu anaknya gembira dengan kehadiran bakal ibu tirinya itu.  "Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. "Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingg...

#WOW ~ 'One step closer to happiness' - Bella

Image
ANTARA gambar yang dimuatnaik Bella ke akaun Instagramnya. FOTO Instagram Laudya Cynthia Bella  PERKAHWINAN pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dengan ahli perniagaan yang juga bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran dipercayai kian hampir.  Laudya Cynthia Bella atau mesra disapa Bella dilaporkan mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Pasar Minggu, Jakarta Selatan, Ahad lalu.  Namun majlis yang diadakan secara tertutup membabitkan keluarga Bella hanya dikongsikan di laman Instagram milik Bella, semalam.  "One step closer to happiness.   "Ini part of the best moment in my life, proses yang begitu cepat. Saya percaya dengan takdir.   "Saya boleh berencana tapi Allah yang menentukan. Dan ini adalah perjalanan hidup saya yang Allah atur. Proses demi proses selalu saya syukuri dan nikmati. Terima kasih ya Allah," tulis Bella sambil meletakkan hashtag #BAE.   Menerusi satu lagi gambar dimuat naik, Bella turut...

#HOT~Isteri Izzue Islam Nafi Sudah Berbadan Dua

Image
Izzue Islam dan Awin anggap pertanyaan tentang anak satu doa buat mereka.   PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Izzue Islam, iaitu Awin menafikan dirinya sudah berbadan dua seperti diperkatakan oleh pengikut Instagram menerusi beberapa foto yang dimuat naik baru-baru ini.  Bagaimanapun, Awin atau nama sebenarnya, Nurinafilah Waharudin, 34, berkata, dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan-pertanyaan berkaitan cahaya mata dan menganggap ia sebagai doa buat mereka.  "Tidaklah, setakat ini belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan cahaya mata. Mereka saja usik-usik dan saya tidak terasa hati pun.  "Memang ramai yang bertanya mungkin kerana baju saya besar waktu itu, saya anggap ia seperti satu doa buat kami, mana tahu satu hari nanti Allah akan makbulkan," ujarnya kepada mStar Online.  Awin berkata demikian kepada mStar Online ketika diminta mengulas beberapa fotonya bersama suami dalam satu majlis baru-baru ini yang mendapat perhatian pengikut laman sosial y...

#JODOH~Raja Azmi Sah Isteri Eddie CRK Selepas 2 Kali Lafaz Nikah Kali Ke-2

Image
Dengan dua kali lafaz, penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman sah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali.  Ia adalah pernikahan kali kedua Raja Azmi, 57, dengan Mohd Eddie selepas pasangan berkenaan bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.  Raja Azmi dan Mohd Eddie, 48, berkahwin buat kali pertama pada 13 Oktober 2013.  Dalam pada itu, pasangan berkenaan dinikahkan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.  Akad nikah berkenaan disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al- Ridhuan Ulu Klang di sini kira-kira pukul 10.15 malam.  Raja Azmi diwakil walikan oleh adiknya iaitu Raja Azhar Raja Sulaiman.  Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala tiada sebarang wang hantaran disediakan.  Sementara itu, Raja Azmi ketika ditemui berkata, bersyukur diberi peluang untuk kembali ber...

#TERUJA~Kesan Pengambilan Detox, Nad Zainal Sangka Dirinya Hamil

Image
PELAKON Nad Zainal yang mengamalkan pengambilan produk kecantikan akui dirinya berasa pening-pening dan ekoran dengan keadaan itu, dia menyangka bahawa dirinya sedang hamil, lapor sebuah akhbar online.  “Pasti saya teruja jika benar saya hamil erana sebagai isteri, itu adalah impian setiap wanita. Suami saya sempat mengusik saya apabila dia mengetahui sebenarnya saya pening disebabkan pengambilan detox produk kecantikan”. Nad Zainal Bersama Suami  “Saya sudah bersedia untuk menjadi ibu sejak dari hari pertama perkahwinan saya, cuma masih belum rezeki untuk saya mengandung. Suami juga pernah berkata kalau boleh ingin hidup berdua dalam tempoh setahun, tetapi kalau rezeki itu datang awal, kami terima”.  Menjelaskan isu berat badan bertambah jika melahirkan bayi, Nad Zainal menegaskan dirinya tidak berasa risau jika keadaan itu berlaku kepada dirinya kerana dia berharap bahawa semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. –MYNEWSHUB.CC

#TAHNIAH~15 tahun sulam cinta,akhirnya Nana Nurgaya berkahwin diusia 42 tahun

Image
NANA Nurgaya tamat zaman solo sempena ulang tahun kelahirannya Disember lalu.   Agak lama menyepi, pihak media dikejutkan dengan undangan ke majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon, Nana Nurgaya, 42, dengan pasangannya, Mohd Azwan Muhamad Yusof Teh, 36, di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Ahad lalu.  Pasangan ini diijab­kabul di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 13 Disember tahun lalu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Nana. Ketika ditemu bual, penyanyi bernama sebenar Nurgayah Abdullah ini seakan-akan dapat menyelami persoalan yang bersarang di minda pelbagai pihak dan mengakui baru menamatkan zaman solonya. “Saya tak kecil hati dengan tafsiran orang kerana mereka tak tahu perkara sebenar. Ini memang perkahwinan pertama saya selepas bercinta 15 tahun dengan suami. “Biarpun kenal ketika sama-sama belajar di universiti berbeza, jodoh kami lambat kerana masing-masing fokus pada pelajaran dan mengejar cita-cita terlebih dulu. “Usia suami saya 36 tahun, tapi orangnya ...

#KOLEKSI GAMBAR~Majlis Resepsi Nabila Huda Bertemakan Melayu Klasik

Image
PELAKON Nabila Huda dan suami, Mohd Izwan Johar sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di rumah bapa Nabila, rocker Amy Search di Shah Alam, malam semalam.  Majlis serba meriah itu diserikan lagi dengan tema Melayu Klasik yang diaplikasikan pada busana pengantin dan dekorasi majlis.  Antara artis yang kelihatan hadir pada majlis itu adalah Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Uqasha Senrose, Yana Samsudin, Adeline Tsen, Tam Shuhaimi, Ziana Zain dan Yazid Search.  Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil mendirikan rumah tangga dengan pengurus restoran Kulcats Bario tanggal 25 Disember tahun lalu di Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

#HOT~Maria Farida Nafi Abai Anak Tiri, Kongkong Suami

Image
MARIA Farida mengakui tidak memahami mengapa anak tirinya memburukkan namanya dan suami dan dia juga menafikan bahawa dia mengongkong suaminya itu.  “Antara sebab saya jatuh cinta dengan suami kerana sikap penyayangnya. Bayangkan walaupun keempat-empat anak tersebut bukan darah dagingnya.  “Namun dia tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka seperti seorang ayah kandung”  “Malah selepas bercerai dengan bekas isterinya sebelum ini, mereka lebih jelas sebenarnya suami saya hanya bertindak sebagai penjaga sahaja.  “Dalam keadaan ini saya tidak pernah mahu menghalang suami meneruskan tanggungjawabnya seperti yang dilakukannya sebelum ini iaitu menjaga mereka dengan penuh kasih sayang dan menyediakan segala keperluan, itu yang tetap diberikan suami saya sehingga saat ini”  “Malah saya sendiri cukup selesa dengan hubungan yang terjalin sebelum ini dengan anak tiri suami saya. Sebab saya tahu suami terlalu sayangkan mereka,” jelas Maria kepada Utusan Malaysia....