#AF Megastar ~ 8 bekas juara AF berentap bersama peserta lain
ANTARA bekas juara Akademi Fantasia terdiri dari Zahid, Shahir, Mila dan Faizal.. - Foto NSTP KUALA LUMPUR: Hanya lapan bekas juara Akademi Fantasia (AF) musim terdahulu bakal menyertai program realiti terbaru terbitan Astro, AF Megastar. Rancangan yang akan memulakan siarannya pada September ini menampilkan 24 peserta daripada 13 musim program berkenaan. Menurut sumber, bekas juara yang bakal bersaing kembali ialah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016). Enam belas peserta lain ialah Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016). "Semua peserta berkenaan akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu 12 orang bagi konsert minggu pertama, manakala bakinya bakal menjayakan persembahan pada...