Posts

Showing posts with the label Dapat Anak

#DETIK CEMAS ~ Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU ketika bersalin - Nora Danish

Image
DI sebalik ribuan ucapan tahniah yang diterima dan wajah comel baby NeyNey, ada kisah yang terpaksa dilalui oleh Nora Danish sehingga dia terpaksa bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar.  Menurut pelakon ini menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey secara normal.  "Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.   "Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi)," tulisnya. Perkongsian isteri kepada usahawan Nedim Nazri ini menerima lebih 60,000 tanda likes.  Sementara itu, Nora turut menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pe...

#DEDIKASI ~ Tok Ti Dapat Ilham Cipta Lagu Untuk Anak Ketika Di Bilik Mandi

Image
Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat ilham mencipta lagu khas untuk anaknya ketika berada di bilik mandi. — Foto ihsan TheHive.Asia   Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sebuah lagu khas sebagai hadiah untuk anak sulungnya yang dijangka lahir pada Mac depan.  Penyanyi nombor satu negara yang kini hamil enam bulan berkata ilham datang ketika berada di bilik mandi, lapor Utusan Online.  “Saya akan rakam lagu tersebut sebelum bersalin. Setakat ini saya sudah ada tiga melodi dan akan dipilih satu yang terbaik.   “Buat masa ini saya belum dapatkan tajuk dan lirik yang sesuai.  Apabila sudah ada lirik, barulah saya akan dapatkan tajuknya,” katanya.  Pengasas kosmetik SimplySiti itu masih merahsiakan kandungan jantina kandungannya kepada umum kerana menghormati permintaan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.[MMO]

#TAHNIAH ~ Hamil Anak Kembar, Zizie Ezette Tak Rancang Keluarga

Image
BAGI sesetengah pasangan suami isteri, mereka pasti merancang untuk mendapatkan anak kembar. Namun tidak bagi pelakon Zizie Ezette Abdul Samad dan suami, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin. Zizie, 39, memberitahu bahawa kehamilannya untuk kali kedua ini memang merupakan faktor semula jadi yang mana dia langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan kesuburan atau IVF.  Menurut pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu, dia juga tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, petua atau makanan tambahan untuk memudahkan proses kehamilannya. “Ramai yang mesej saya secara peribadi untuk bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil.   “Saya tidak keberatan untuk kongsi dengan semua jika benar saya melakukannya. Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan,” tulisnya di salah satu gambar dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya semalam. Tambah pelakon yang juga merupakan kakak kepada pelakon hebat S...

#TAHNIAH ~ Pelakon Amyra Rosli, Amar Baharin timang anak lelaki

Image
PELAKON Amyra Rosli dan Amar Baharin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira 12 tengah hari semalam.  Amyra dan Amar saling berkongsi berita kelahiran putera mereka di laman Instagram dengan memuat naik foto tangan bayi berkenaan.  Foto tersebut diiringi ucapan syukur dan doa memohon perlindungan untuk anak mereka. "Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulis Amyra.  Amyra merupakan puteri kepada Rosli Awang, Timbalan Ketua Jurufotografi, Meja Foto Bernama. Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016.  Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata Amyra bersalin secara normal pada 12.07 tengah hari selepas dimasukkan ke Prince Court Medical Centre di sini pada 12 tengah malam.  Beliau turut melahirkan rasa gembira atas kelahiran cucu sulungnya itu.  “Alhamdulillah semuanya selamat berkat doa daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat Amyra dan Amar," katanya. – Bernama