Posts

Showing posts with the label Elda Susanti

#KENYATAAN~Elda Susanti Dedah, Kerjaya Malap Selepas Pakai Tudung

Image
Elda Susanti meninggalkan dunia seni 15 tahun lalu selepas menghasilkan dua buah album. Foto NORAFIFI  EHSAN  PETALING JAYA: Penyanyi dangdut yang pernah popular menerusi lagu Yang Ku Sayang iaitu Elda Susanti menjelaskan punca dia meninggalkan dunia seni ketika namanya sedang memuncak iaitu 15 tahun lalu disebabkan keputusannya berhijrah dan memakai tudung.  Elda yang kini berusia 34 tahun berkata, selepas menutup aurat karier nyanyiannya mula malap kerana pihak promoter enggan mengambilnya mengadakan persembahan apabila dimaklumkan dia sudah bertudung.  "Saya memakai tudung ketika berusia 18 tahun dan ketika itu juga karier nyanyian saya semakin suram dan tidak banyak undangan persembahan.  "Penerimaan pihak penganjur dan peminat terhadap penyanyi bertudung ketika itu sangat berbeza dengan hari ini jadi saya akur.  "Bagaimanapun saya tidak kecewa kerana menutup aurat adalah kehendak diri sendiri dan sudah bukan rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online. ...