Posts

Showing posts with the label Dato Vida

#PENGAKUAN ~ Saya memang gedik: DSV

Image
“SAYA memang tidak boleh dipisahkan daripada aksi gedik, itulah diri saya yang sebenar, I am me , saya tidak boleh nak berpura-pura.   Demikian pengakuan jujur pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.  Jutawan kosmetik itu berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu manipulasi individu tertentu di media sosial mencetuskan kontroversi semata-mata untuk meraih perhatian netizen.  “Video saya kebanyakannya tak ada lah dikritik netizen sangat pun, kecuali aksi gedik saya. Tapi gedik dan saya tidak boleh dipisahkan, itulah saya, it’s me, I am me .  Saya bukan acah-acah gedik untuk lariskan produk, dah saya memang macam tu,” katanya kepada Sinar Harian.  Penyanyi I Am Me itu, bagaimanapun mahu warga netizen yang mengkritik dirinya kerana didakwa menunjuk-nunjuk di laman sosial supaya melihatnya dari segi positif.  “Mereka banyak cakap fasal saya selalu ‘show off’ pame...

#Woww ~ Datuk Seri Vida Sudah Kurus....

Image
Penampilan Datuk Seri Vida dulu dan kini.  SEMAKIN berseri-seri penampilan Datuk Seri Vida sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja berseri, malah Vida semakin kurus.  Sejak awal tahun ini, Vida sememangnya mengamalkan diet seimbang dengan mengurangkan pengambilan nasi.  Berbeza susuk tubuh Vida beberapa tahun lalu di mana, badannya masih berisi. Namun malam tadi, Vida nampak berbeza.  Menerusi video di laman Facebook nya bersama penyanyi Aishah sejurus tamat program tajaannya Gegar Vaganza malam tadi, beliau mengakui badannya semakin langsing.  Aishah yang merupakan pemenang ‘Anugerah Gelora Vida Vaganza’ turut kagum dengan penampilan baru Vida dan berhasrat untuk sihat dan ramping sepertinya.{SH]

#GOSIP PANAS ~ Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?

Image
BELUM sampai setahun kembali solo sejak 7 April lalu, Datuk Seri Vida (DSV) kini dilanda kontroversi apabila dikaitkan ada hubungan rapat dengan seorang pemuda berusia 20-an.  Keakraban antara mereka berdua yang tengah tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.  Apa lagi melucukan, terdapat segelintir pihak yang mengatakan lelaki kacak berkenaan adalah ‘scandal’ dan ‘anak ikan’ baharu bagi DSV.  Hamboi hamboi hamboi… Bukan main lagi yer…  Sedih akan perkara itu, pemuda dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sekali gus membuat penafian terhadap dakwaan kononnya dia sebagai ‘anak ikan’ baru DSV. “Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh.   “Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami mem...

#MEWAH ~ RM1 juta untuk klip video I Am Me - DSV

Image
KERATAN rakaman klip video yang dimuat naik DS Vida semasa penggambaran klip video I Am Me yang menjadi tular sejak kelmarin  Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman mendakwa dia telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk pembikinan klip video bagi lagu I Am Me .  Menurut Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Vida, 46, beliau sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar demi menghasilkan klip video berkonsepkan mewah terlampau arahan pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar.  “Saya telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk pembikinan klip video itu. Kos produksi sahaja menelan belanja sebanyak RM180,000 sementara untuk peralatan lain pula kira-kira RM80,000.   “Dalam klip video tersebut saya memakai tiga bentuk cincin rama-rama yang ditempah khas dengan harga keseluruhan mencecah RM800,000, sementara duit yang digunakan dalam video tersebut merupakan duit sebenar dan fotokopi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.[Kosmo]

#VIDEO MUZIK ~ 'Saya mahu lebih wow' - DSV

Image
Keputusan pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Vida mencuba nasib sebagai penyanyi dan hadir dengan single sulungnya, I Am Me menjadi perbualan hangat.  Siapa sangka, walaupun ramai mengkritik lagu itu, ia mendapat tempat di hati penggemar muzik tanah air.  Di YouTube , video lirik I Am Me ditonton lebih 7.6 juta kali dalam tempoh sebulan selepas dimuat naik.  Bagi Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmizah Othman, 45, dia kini sedang mempersiapkan diri untuk merakamkan video muzik rasmi I Am Me .  “Saya akan menggunakan khidmat Ghaz Abu Bakar yang memang dikenali sebagai pengarah video muzik lagu-lagu popular dan filem.   “Untuk video muzik I Am Me, akan ada kelainan yang ditampilkan berbanding video muzik lain yang pernah dihasilkan,” katanya.  Ditanya mengenai konsep dan idea, Vida punya konsep di luar kotak.  “Idea asal daripada saya sendiri dan Ghaz akan menterjemahkannya dalam bentuk visual. Saya ingin menghasilkan video muzik sepert...

#WOW HEBAT ~ Princess Syahrini Dan Queen DSV Bakal Bergabung Satu Konsert

Image
USAHAWAN produk kecantikan terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mempunyai berita baik buat peminat!  Vida memasang hasrat untuk bekerjasama dengan artis sensasi dari Indonesia, Syahrini.  Untuk makluman, Syahrini baru sahaja mengadakan persembahan di Konsert Nova 2017 yang berlangsung pada 5 Ogos lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.  Namun ramai teruja dengan kisah aktres cantik ini apabila berjaya meraih tumpuan netizen dengan perkongsian gaya hidup mewahnya. Justeru Vida dilaporkan berasa amat teruja berikutan dapat bertemu dengan Syahrini ketika konsert tersebut dan baru-baru ini kedua-dua diva ini bercadang untuk mengadakan konsert duet.  Konsert tersebut bakal diadakan di Istana Budaya. Kenyataan itu diakui oleh Syahrini sendiri di mana dia akan datang ke Malaysia sekali lagi untuk mengadakan konsert duet bersama pengasas kosmetik itu.  “Kepada semua peminat Dato Seri Vida, aku akan datang sekali ke Kua...

#OFFER TAMAT ~ DSV Sah Sudah Jumpa Jejaka Mata Kelabu

Image
PERHATIAN… Perhatian. Anda dah boleh berhenti hantar resume cari jodoh anda kat DSV. Sebab apa? Sebab Datuk Vida dah jumpa pemilik mata kelabu yang dah berjaya tambat hatinya.  Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman, sebelum ini sedang ‘bergiat aktif’ mencari calon suami baru yang memiliki mata berwarna kelabu. Syukur sekarang si mata kelabu sudah memunculkan dirinya. ARTIKEL BERKAITAN : #ANDA LAYAK ? ~ DS VIDA IDAM LELAKI BERMATA KELABU SEBAGAI SUAMI  Kata Vida, jejaka yang berusia 30 tahun itu pernah berkunjung ke kediamannya di Ipoh, Perak pada Aidilfitri yang lalu.  “Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.   “Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya,” katanya kepada mStar Online.  Tambah Vida lagi, jejaka tampan itu sudah menepati semu...

#HEBAT ~ Lagu I Am Me, DSV Kini Ke Peringkat Antarabangsa?

Image
MEMANG tular di media sosial apabila lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida yang hangat tiba-tiba popular sehingga dijadikan bahan parodi oleh ramai netizen tempatan.  Kini, ada yang cuba membuat ‘ajuk’ dengan lebih dahsyat lagi sehingga ke peringkat antarabangsa. World tu, bukan lagi peringkat kebangsaan, rantau Asia tenggara atau benua Asia!  Fuhhh…sampai ke peringkat antarabangsa tu…  Baru-baru ini terdapat netizen membuat parodi gabungan antara program pencarian bakat yang popular, Britain’s Got Talent dengan memasukkan selingan persembahan Vida. Menerusi video berdurasi kurang daripada empat minit tersebut, ia memaparkan para panel juri begitu ‘asyik’ menari dan penonton pula bertepuk tangan sambil berdiri.  Ia kononnya Mat Saleh dan Minah Saleh itu begitu berpuas hati dengan ‘persembahan’ pengasas kosmetik tempatan tersebut yang mungkin lain daripada lain!  Walaupun video ini hanyalah suntingan semata namun sehingga kini ia telah mendapat lebih daripada 3...

#POPULAR ~ Walaupun dikutuk, video DS Vida melebihi 2 juta kali ditonton

Image
SEJAK lagu I Am Me dilancarkan seminggu lalu, ia terus mendapat perhatian ramai.  Terkini, lagu nyanyian Datuk Seri Vida itu sudah ditonton lebih dua juta pelayar.  Datuk Seri Vida menerusi Instagramnya berterima kasih dan menghargai sokongan terhadap lagu nyanyiannya itu.  “Terima kasih atas sokongan sayang-sayang. “Siapa yang dok kutuk-kutuk fasal lagu ni, saya kirim salam Miewwww... Aummm..,” katanya.  Lagu tersebut kini terus trending biarpun sudah 11 hari dilancarkan.  Lagu I Am Me adalah ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan lirik ditulis sendiri Datuk Seri Vida.  Manakala video klipnya mendapat sentuhan Yusry Abdul Halim.  Tidak hanya itu, lagu I Am Me turut menjadi perhatian ramai apabila diparodikan dengan pelbagai gaya dan cara.  Terdahulu, penyanyi Faizal Tahir memuat naik sekeping foto dengan kapsyen ‘tahniah Datuk Seri Vida, lagu anda telah berjaya di peringkat antarabangsa apabila berjaya menarik perhatian 'orang Arab'. ...

#ANDA LAYAK ? ~ DS Vida Idam Lelaki Bermata Kelabu Sebagai Suami

Image
SELEPAS tiga kali gagal dalam melayari bahtera perkahwinan, kini begitu ramai jejaka yang mencuba nasib untuk memikat hati usahawan selebriti ini. Datuk Seri Hamiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, mengatakan dia telah menerima lebih kurang 50 resume menerusi kiriman emailnya daripada ramai jejaka yang berhasrat untuk menjadikannya suri hati.  Wahhh…nak jadi calon suami pun siap pakai resume . Dah macam nak apply kerja, ye dakkk?  Apa yang lebih menarik, resume yang diterima itu bukan sahaja datang dalam kalangan rakyat tempatan malah tidak kurangnya dari luar negara termasuklah Scotland dan Finland.  “Dalam banyak-banyak resume , ada yang dari Finland dan Scotland. Tapi saya tak tengok pun lagi, takut nanti terjatuh cinta,” katanya memetik sebuah portal online.  Vida berkata, sesiapa yang ingin menjadi suaminya perlulah mempunyai anak mata berwarna kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang begitu ‘gila’ membeli belah.  “Dia kenalah ada ...

#VIDEO ~ "I AM ME-Datuk Seri Vida" Bakal Popular

Image
"I AM ME-DSV" Bakal Popular  Sejak lagu "I AM ME" nyanyian single pertama Datuk Seri Vida (DSV) Viral di facebook dan budak-budak kecil pun mengikut menyanyi dengan kedengaran seperti bunyi "Ayam Mee". Maka mak-mak pun bingung lagu apalah yang anak-anak mereka nyanyi.  Lepas dah viral baru tahu yang lagu tu lagu " I am Me" rupanya. Nampaknya lagu I am me bakal popular tak lama lagi. Music video pun dah di lancarkan dan netizen macam biasalah kecoh bercerita di media itu ini di media sosial. Bagi yang suka, sukalah. Yang mengecam pun macam biasa misi mengecam tak sudah-sudah. Well, bagi yang natural, ikut suka dia lah kan nak jadi penyanyi sekalipun.  Jangan tak percaya music video di youtube pun dah cecah berpuluh ribu tontonan dah. Nak jadi apa sekalipun, kau orang kena yakin macam DSV. Apa pun boleh jadi. Betul tak semua?  Lirik I Am Me  I Want  I Want You  I Want  I Want You   I Am Fun  I Am Pretty  I Am Beautiful  ...

#WOW HEBAT ~' I Am Me' Single Pertama Datuk Vida Sebagai Penyanyi

Image
Datuk Seri Vida lancar single pertama berjudul I Am Me.   SETELAH berjaya mencipta nama sebagai jutawan kosmetik, impian pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai.  Vida, 46, yang tampil dengan single pertama berjudul I Am Me ciptaan Edry Abdul Halim kini bersedia menerima cabaran baharu sebagai anak seni.  "Selepas ini saya nak dikenali sebagai anak seni pula. Hasrat untuk menyanyi saya sudah simpan sejak dua tahun lalu tapi tak berkesempatan untuk lakukannya.  "Saya rasa tahun ini sangat sesuai untuk mengeluarkan single I Am Me ," katanya kepada mStar Online.  Vida ditemui pada sesi penggambaran muzik video lagu berkenaan di Studio 16, Petaling Jaya pada Selasa. Vida perlu belajar menari kerana lagu berkenaan berentak rancak dan kaya dengan 'mood' dansa.  Sementara itu, Vida berkata, dia juga sudah bersedia untuk menerima undangan nyanyian di mana-mana acara...

#NO PLAT ~ Datuk Vida Sasar Bida Tiga AKU

Image
Selepas gagal dalam beberapa bidaan tahun lalu, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mendedahkan rancangan untuk mendapatkan satu nombor bertuah bagi plat kenderaan siri AKU bagi kereta mewah terbaharunya. Bagi memburu nombor berkenaan, Hasmiza atau lebih dikenali Vida berkata beliau akan membida tiga nombor yang signifikan dengan dirinya. Bagaimanapun, usahawan berasal dari Machang, Kelantan itu mengambil pendekatan untuk kunci mulut bagi memastikan salah satu nombor plat yang akan dibida dalam genggaman. "Saya akan bida tiga nombor, tapi tak payahlah saya dedahkan nombor dan jumlah bidaan tersebut. Biarlah rahsia. Saya tak nak nanti nombor itu terlepas ke tangan orang lain. "Saya memang menunggu nombor siri AKU ini untuk dipakai pada kereta Toyota Vellfire yang dibeli enam bulan lalu. Harap kali ini ada rezeki saya," katanya kepada mStar Online. Vida berkata beliau sudah menghantar wakil untuk membida tiga nombor tersebut di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan ...