#ISU PANAS ~ Disamakan Seperti Pelacur, Joy Revfa Minta Hentikan Hinaan
Hafiz dan Joy Revfa berkahwin pada 1 Mei lalu.
Joy, 33, berkata, dia yakin perkahwinan yang dibina lebih tiga bulan itu adalah sah di sisi agama dan dirinya telah diabaikan serta digantung tidak bertali sejak 23 Mei lalu.
"Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.
"Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz). Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya.
Imam Tegur Hafiz Hamidun Lambatkan Faraq
Joy menerusi laman Instagram miliknya memberi reaksi kepada kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membenarkan pernikahan itu selepas bekas suaminya iaitu Ray Imran, mengemukakan surat akuan bercerai pada 2015.
Menerusi laporan dalam sebuah portal berita itu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata, isu itu hanya timbul apabila Ray Imran gagal mengemukakan sijil perceraian dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand tempat di mana mereka bernikah.
Joy telah ke Songkhla untuk menguruskan perkara berkenaan, namun gagal kerana ia seharusnya dimohon oleh bekas suami.
Akibat ketiadaan sijil perceraian itu Joy terpaksa membuat permohonan taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu 13 Julai lalu.
Bagaimanapun, jika bekas suaminya mendaftarkan perceraian berkenaan, tarikhnya mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.
Dalam pada itu, Joy berkata, dia akan mendedahkan siapa yang menasihatinya untuk membuat permohonan cerai taklik berkenaan sehingga mengheretnya dalam kemelut rumah tangga tersebut.
“Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yang salah menasihati saya untuk membuat permohonan taklik dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya dapat menegakkan keadilan dan maruah seorang wanita," katanya.
Joy telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada 18 Ogos lalu.
Permohonan tersebut dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
credit