#KRISIS RUMAHTANGGA ~ Hidup perlu diteruskan - Ziana Zain

Ziana Zain. - Gambar fail 

“Sebagai seorang selebriti yang menjadi tatapan umum, kita perlu fokus dalam meneruskan kerjaya. Hidup perlu diteruskan.” 

 Itu kata-kata yang diucapkan penyanyi popular Ziana Zain sambil menahan sebak ketika sedang membuat persembahan pada majlis Malam Gala Mood Republik 2018 yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi.

 Ketika itu, Ziana sedang mempersembahkan lagu hitnya, Puncak Kasih sebelum tiba-tiba mengalirkan air mata dan menghentikan persembahan buat seketika.

 Sedar dengan kesedihan dan kemelut rumah tangga yang dihadapi Ziana pada ketika ini membuatkan penonton bersorak tanda memberi sokongan moral terhadapnya.

 “Terima kasih,” ucapnya tatkala peminat melaungkan kata-kata ‘kuatkan semangat’ dan ‘kami sayang Kak Ziana’.

 Ziana bagaimanapun tidak dapat ditemu bual media kerana bergegas pulang sebaik membuat persembahan.

 Terdahulu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lepas.

 Laporan polis berhubung kejadian tersebut dibuat oleh pelantun lagu Madah Berhelah itu sendiri pada 27 Februari lalu sebelum suaminya ditahan pada 2 Mac.

 Bagaimanapun, Armin dibebaskan pada 8 Mac lalu selepas dijamin oleh adiknya selepas beberapa hari meringkuk di dalam penjara di Penjara Sungai Buloh.

 Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. - K! ONLINE

Popular posts from this blog

#Woww ~ Datuk Seri Vida Sudah Kurus....

Buah Dada Nampak Besar Kerana Bengkak Susu Kata Elly Mazlein

#HOT ~ Raja Ema ditegur netizen kerana berpakaian seksi