#GOSIP PANAS ~ Shahir AF Dan Erra Fazira Bakal Disatukan Tahun Depan?


SETELAH tiga tahun menjalinkan percintaan secara senyap-senyap, kini Shahir Zawawi dikatakan bakal menyunting pelakon, Erra Fazira selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.

 Shahir, 29, telah menegaskan bahawa hanya Erra yang bertakhta di hatinya dan tiada wanita lain yang dapat merampas tempat wanita itu di dalam hidupnya.


Bekas juara program Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang mempersiapkan diri untuk berentap dalam konsert akhir AF Megastar, Ahad ini.

 Selepas ada gosip liar yang mengatakan kononnya dia bermain kayu tiga dengan pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamim, Shahir kini lebih berani tampil dengan kebenaran mengenai isu itu.


“Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. 

Tiada wanita lain selain dirinya. 

 “Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. 

Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.

 “Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. 

Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami,” katanya dipetik daripada akhbar Berita Harian.


Dalam masa yang sama, penyanyi yang berasal dari Kampar, Perak itu turut menantikan kenyataan daripada Mona sendiri bagi membersihkan namanya selepas kontoversi ‘cinta’ mereka itu timbul beberapa hari ini sehingga ramai netizen yang mencemuh dirinya.


“Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. 

Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya. 

 “Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat,” tambahnya lagi.


Hari ini, Mona telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan mereka pernah keluar berdua sebelum ini dan dia mengakui bahawa dia bukanlah peminat Shahir seperti yang didakwa oleh penyanyi itu.

Tetapi, pramugari itu turut mengakui bahawa hubungan mereka masih di fasa berkawan.

 Walaupun Shahir telah menegaskan bahawa hubungan mereka itu hanya sebagai artis dan peminat, namun lain pula yang dikatakan oleh gadis itu.

Haihh… Kenapa tiba-tiba pula muncul isu macam ni?

Sebelum ni takde pun gosip ni naik?

 Atau mungkin mereka hanya berkawan dan perkara itu cuma hanya sebagai gosip atau salah faham?

Yelah, sekarang ni kan ramai yang tak puas hati lepas Shahir dapat masuk final AF Megastar.


Itu lah yang dikatakan rezeki masing-masing.

Sebagai netizen, siapa lah anda untuk menentukan seseorang itu layak atau tidak dalam sesebuah pertandingan?

 Pastinya dalam pertandingan itu mempunyai juri professional, walaupun ramai sedia maklum bahawa program Akademi Fantasia juga ada melibatkan undian peminat.

Tapi dah rezeki, nak buat macam mana.

 Harapnya isu ini akan tamat tak lama lagi.

Konsert akhir pun dah makin hampir, semoga isu ini tidak akan mengganggu fokus Shahir dalam menghadapi konsert nanti. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

 

Popular posts from this blog

#Woww ~ Datuk Seri Vida Sudah Kurus....

Buah Dada Nampak Besar Kerana Bengkak Susu Kata Elly Mazlein

#HOT ~ Raja Ema ditegur netizen kerana berpakaian seksi