Posts

#HOT~Ummi Nazeera Temui Zizan Bincang Gosip Cinta

Image
Hubungan Zizan dan Ummi hanya sekadar rakan biasa. Foto LOW BOON TAT   Pelakon Ummi Nazeera ada berjumpa dengan aktor Zizan Razak bagi membincangkan gosip yang tersebar mengatakan mereka kini sedang bercinta.  Ummi, 26, berkata, dalam pertemuaan itu Zizan banyak menasihatinya agar tidak memperdulikan perkara berkenaan kerana ia lumrah sebagai anak seni.  "Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.  "Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain," katanya kepada mStar Online.  Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Angin Cinta di The Gardens di sini, Selasa.[mStar]

#KENYATAAN~Elda Susanti Dedah, Kerjaya Malap Selepas Pakai Tudung

Image
Elda Susanti meninggalkan dunia seni 15 tahun lalu selepas menghasilkan dua buah album. Foto NORAFIFI  EHSAN  PETALING JAYA: Penyanyi dangdut yang pernah popular menerusi lagu Yang Ku Sayang iaitu Elda Susanti menjelaskan punca dia meninggalkan dunia seni ketika namanya sedang memuncak iaitu 15 tahun lalu disebabkan keputusannya berhijrah dan memakai tudung.  Elda yang kini berusia 34 tahun berkata, selepas menutup aurat karier nyanyiannya mula malap kerana pihak promoter enggan mengambilnya mengadakan persembahan apabila dimaklumkan dia sudah bertudung.  "Saya memakai tudung ketika berusia 18 tahun dan ketika itu juga karier nyanyian saya semakin suram dan tidak banyak undangan persembahan.  "Penerimaan pihak penganjur dan peminat terhadap penyanyi bertudung ketika itu sangat berbeza dengan hari ini jadi saya akur.  "Bagaimanapun saya tidak kecewa kerana menutup aurat adalah kehendak diri sendiri dan sudah bukan rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online. ...

#PENGAKUAN~Yuna tidak pernah rasa tertindas bertudung di AS

Image
Yuna   PENYANYI Antarabangsa berasal dari Malaysia Yunalis Zarai, 29, yang kini berkelana di Amerika Syarikat tidak pernah rasa tertindas dengan imej Islamnya sebaliknya merasa bebas seperti orang lain.  Katanya, ada cakap-cakap orang yang menyarankan agar dia membuka tudung kerana sudah tidak lagi menetap di Malaysia.  "Ada orang berkata, saya sepatutnya menunjukkan rambut (menanggalkan tudung) kerana saya bukan lagi berada di Malaysia. Saya sepatutnya menunjukkan bentuk badan dan berbangga dengannya.  "Kepada mereka saya katakan, menutup aurat adalah pilihan saya. Saya tidak pernah rasa tertindas, sebaliknya saya rasa bebas," kata Yuna dalam satu temubual dengan majalah Bilboard terbitan Hollywood.  Yuna yang kini makin melebarkan sayapnya di bumi 'uncle Sam' makin mendapat tempat di negara tersebut, terbaharu lagu dendangannya bersama Usher, berjudul Crush berjaya menduduki tangga ke-18 dalam carta Adult R &B Songs di AS minggu ini.  Dalam pada ...

#MASIH BERBISA~Mustar Juara 'Kilauan Emas Otai', Bawa Pulang RM150,000

Image
KUALA LUMPUR: Peserta dari Selangor iaitu Mustaffa Rasyid Abd Jabar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan Kilauan Emas Otai yang diadakan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada malam Rabu.  Ia adalah kemenangan kedua Mustaffa atau lebih mesra dengan sapaan Mustar, 47, selepas menjuarai Kilauan Emas musim kelima tahun lalu.  Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 berserta trofi.  Pada peringkat akhir itu, Mustar menyanyikan dua buah lagu berjudul Kini Hatiku Telah Tertawan dan Menunggu Nasi Minyak duet bersama Asmidar.  Mustar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan berkenaan namun menganggap ia sebagai rezeki anak-anaknya.  "Menang kalah itu adat pertandingan dan saya hanya memfokuskan kepada memberikan persembahan terbaik kepada penonton.  "Alhamdulillah saya memang tidak menyangka akan menang namun saya anggap ia adalah rezeki anak-anak," ujarnya.  T...

#HOT~"Gila Ke Saya Pakai Seluar Koyak Tapi Bertudung?" - Che Ta

Image
Rozita enggan layan komen negatif peminat laman sosial.   PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menegaskan dia memahami apa yang dilakukan selama ini khususnya mengenai cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.  Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata, dia enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata. ARTIKEL BERKAITAN: #PANAS~Che Ta Dikecam Netizen Kerana Memakai Jeans Koyak Di Lutut Pula   "Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini.  "Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat... itu yang penting," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Foto yang menerima kritikan di laman Instagram Rozita Che Wan.  Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas dikritik netizen gara-gara satu gambar yang dimuat naik di Instagram pada malam Is...

#KELAKAR~Finalis APO2016: Amran Fans Teringin Naik Pentas

Image
PETALING JAYA: Selebriti media sosial, Amran Fans berharap peminat dan ‘pembencinya’ di media sosial dapat merealisasikan impiannya untuk ‘beraksi’ di pentas berprestij Anugerah Pilihan Online (APO2016) pada hujung bulan ini.  Menurut Amran yang mempunyai hampir sejuta pengikut di Facebook, dia sudah lama mengidamkan peluang untuk mengulangi kejayaannya selepas yang terakhir ketika memenangi acara lumba lari di sekolah.  “Bagilah peluang untuk Amran menang (APO2016). Dulu kecil-kecil dekat sekolah Amran pernah menang lumba lari 100 meter saja.  "Dapat pingat emas celup. Itu pun sebab kawan Amran lupa bawa bekal air untuk dia minum, habis dia semput,” katanya kepada mStar Online. Beberapa gambar 'Amran' menggunakan teknik superimpose. -Foto Facebook Amran Fans  Tambah Amran yang identitinya masih menjadi rahsia itu lagi, dia amat memerlukan undi orang ramai bagi melayakkannya menang dalam kategori Selebriti Media Sosial Pilihan Online.  “Anda semua tak kesian de...

#APO2016~ Ikon Fesyen Kasut,Jimmy Choo Bakal Meriahkan Majlis

Image
KUALA LUMPUR: Malam Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 yang akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 pada 30 April ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ikon fesyen, Datuk Dr Jimmy Choo.  Pereka kasut terkemuka itu berkata beliau begitu teruja untuk bersama memeriahkan malam kemuncak acara tersebut kerana ia akan mengetengahkan bakat baharu di negara ini.  "Saya sentiasa menyokong bakat-bakat baharu. Anak-anak muda perlu diberi peluang dan saya sememangnya menyokong APO 2016.  "Ini adalah satu projek baharu kerana ia merangkumi bukan sahaja bidang muzik tetapi juga elemen media sosial," katanya. Choo mengulas mengenai acara anjuran mStar Online bersama Suria FM.  Menurut beliau, pasaran Bahasa Malaysia lebih luas dan percaya radio dan portal berita secara dalam talian itu berada pada landasan yang betul.  "Memandangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM, gabungan tenaga kerja itu akan membantu bakat baharu meraih penonton yang lebih luas," katanya. ...