#HOT~Ummi Nazeera Temui Zizan Bincang Gosip Cinta
Hubungan Zizan dan Ummi hanya sekadar rakan biasa. Foto LOW BOON TAT
Ummi, 26, berkata, dalam pertemuaan itu Zizan banyak menasihatinya agar tidak memperdulikan perkara berkenaan kerana ia lumrah sebagai anak seni.
"Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.
"Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain," katanya kepada mStar Online.
Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen berjudul Angin Cinta di The Gardens di sini, Selasa.[mStar]