Posts

Showing posts from October, 2017

#FINAL ~ Idayu Juara Megastar AF

Image
Idayu muncul juara AF Megastar melalui lagu My All dan Amylea Azizan. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  SEPERTI dijangka, Idayu muncul juara program realiti AF Megastar sekali gus menyandang gelaran Megastar pada konsert akhir di Royal Theatre, Shah Alam, malam tadi.  Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang.  Pada konsert akhir itu, semua peserta diberi dua tugasan iaitu menyampaikan lagu penyanyi lain dan lagu baru masing-masing.  Idayu tampil dengan lagu My All nyanyian asal Mariah Carey dan lagu baru, Selamanya ciptaan Amylea Azizan. Juara menerima RM100,000, trofi dan pakej percutian ke Turki untuk dua orang. - Foto ZUNNUR AL SHAFIQ  Idayu menganggap kemenangannya adalah sesuatu yang berbaloi sepanjang penantiannya.  “Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” katanya.  Selain itu, di konsert akhir berkenaan, finalis Syamel dipilih pemenang An

#GOSIP PANAS ~ Mimi @ Mona sudah ada kekasih baru dan desak Shahir AF minta maaf

Image
Shahir AF8. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat   KUALA LUMPUR: Wanita yang dikaitkan dengan Shahir Zawawi, Mona Syamimi Mohd Samsudin, menolak dakwaan penyanyi itu konon apa yang berlaku sebagai usaha mensabotaj periuk nasinya.  Malah, dalam perkembangan terbaru juga, Shahir meluahkan hasrat ingin menarik diri daripada bersaing dalam pentas akhir, AF Megastar , Ahad ini.  Wanita yang mesra disapa Mimi itu sebaliknya hanya meminta Shahir memohon maaf kepadanya secara peribadi atas kenyataan yang didakwa palsu.  Shahir sebelum ini menyifatkan hubungan mereka hanya berpaksikan artis dan peminat. Sedangkan, kata Mimi, hubungan mereka yang sebenar adalah sebagai kawan.  "Untuk apa saya nak sabotaj dia seperti didakwa itu? Saya bukannya artis.  Kalau saya artis barangkali saya ada niat sebegitu. Saya hanya orang biasa.   "Tak perlu untuk dia bersandiwara lagi. Benda sudah terang lagi bersuluh.  Saya hanya mahu dia minta maaf saja kepada saya kerana sudah memalukan diri ini.  Saya buk

#ISU STATUS CERAI ~Saya tidak akan kembali kepada Hafiz: Joy Revfa

Image
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam membuat keputusan lafaz cerai ahli perniagaan, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim terhadap usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Refva pada 12 Januari 2015, adalah sah.  Hakim, Mohd Suhail Mohd Najid membuat keputusan selepas kes disebut kali pertama di hadapannya pada Selasa. Mahkamah mendapati lafaz cerai Mohd Rayus memenuhi rukun dan syarat talak serta Seksyen 57 Enekmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.  Sementara itu, Joy menegaskan tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun mahkamah memutuskan penceraian perkahwinan sebelum ini sebagai sah .  Jelas Joy, dia sudah tawar hati dengan Hafiz yang dianggapnya gagal memainkan peranan sebagai suami.

#ANUGERAH ~ Rezeki Berganda Siti Nurhaliza Selepas Umum Kehamilan

Image
ORANG kata bila berkahwin, pintu rezeki akan terbuka dengan luasnya. Sama seperti murahnya rezeki seorang ibu yang sedang hamil.  Itulah yang dirasa kini oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru mengumumkan berita kehamilannya itu pada Jumaat lalu.  Sehingga semalam, sudah tiga anugerah yang diterima penyanyi itu selepas berkongsi berita gembira bersama peminat.  Sabtu lalu, sehari selepas berita kandungannya disahkan, lagu duet yang dinyanyikan Siti bersama Faizal Tahir iaitu Dirgahayu telah memenangi Anugerah Planet Muzik (APM) 2017 menerusi kategori Duo Terbaik . Kemudian, pada malam Anugerah Silet 2017 yang berlangsung pada Isnin lalu di Jakarta, Indonesia, sekali lagi lagu dendangan Siti memenangi hati juri.  Lagu Seluruh Cinta nyanyiannya dengan Cakra Khan diumumkan menjadi juara kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet di Anugerah Silet 2017.  Lagu itu telah berjaya mendapat tempat di hati netizen di sana kerana menjadi lagu tema bagi sinetron popular ber

#GOSIP PANAS ~ Shahir AF Dan Erra Fazira Bakal Disatukan Tahun Depan?

Image
SETELAH tiga tahun menjalinkan percintaan secara senyap-senyap, kini Shahir Zawawi dikatakan bakal menyunting pelakon, Erra Fazira selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.  Shahir, 29, telah menegaskan bahawa hanya Erra yang bertakhta di hatinya dan tiada wanita lain yang dapat merampas tempat wanita itu di dalam hidupnya. Bekas juara program Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang mempersiapkan diri untuk berentap dalam konsert akhir AF Megastar , Ahad ini.  Selepas ada gosip liar yang mengatakan kononnya dia bermain kayu tiga dengan pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamim, Shahir kini lebih berani tampil dengan kebenaran mengenai isu itu. “Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati.  Tiada wanita lain selain dirinya.   “Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan.  Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.  “Saya pe

#GOSIP PANAS ~ Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?

Image
BELUM sampai setahun kembali solo sejak 7 April lalu, Datuk Seri Vida (DSV) kini dilanda kontroversi apabila dikaitkan ada hubungan rapat dengan seorang pemuda berusia 20-an.  Keakraban antara mereka berdua yang tengah tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.  Apa lagi melucukan, terdapat segelintir pihak yang mengatakan lelaki kacak berkenaan adalah ‘scandal’ dan ‘anak ikan’ baharu bagi DSV.  Hamboi hamboi hamboi… Bukan main lagi yer…  Sedih akan perkara itu, pemuda dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sekali gus membuat penafian terhadap dakwaan kononnya dia sebagai ‘anak ikan’ baru DSV. “Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh.   “Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami memang selesa bersama.   “Dia se

“Dia Melampau... Saya Dah Tak Tahan” - Luahan Ezlynn Berkaitan Suaminya

Image
Ezlynn berkahwin dengan Adam pada 20 November 2011.  Enam tahun melayari alam rumah tangga dengan pengurus sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38, Ezlynn mengakui dia berada dalam fasa kehidupan yang pahit.  Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, berkata, dia tidak mampu lagi untuk berselindung demi menjaga maruah suaminya.  "Cukuplah buat saya macam ni, saya simpan rahsia dia sudah lama.  Dulu, jika orang tanya, saya diam dan tidak mahu orang tahu perangai sebenar dia.   "Tapi sekarang dia sudah melampau. Saya sudah tidak tahan lagi, saya harap kes perceraian saya berjalan lancar," luahnya kepada mStar Online .  Ezlynn diminta mengulas tentang status laman sosialnya yang mendedahkan rumahnya dirompak oleh suami sendiri.  Tambah Ezlynn, kejadian berkenaan bukanlah kali pertama dilakukan oleh suaminya itu.  "Ini kali ketiga dia pecah masuk. Dia bukan tidak boleh cakap baik-baik kerana kunci ada pada kakak saya.  "Lagi pula barang yang dia ambil itu ha

#KARMA ~ Norish Karman Tabah Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal

Image
NAMA Norish Karman dikenali ramai oleh kerana sering membawakan watak antagonis dengan jayanya, namun kini namanya seakan-akan ‘hilang’ daripada radar dunia lakonan tanah air.  Mungkin Norish tidak lagi kelihatan dalam drama-drama Melayu, tetapi pelakon drama Spa Q ini masih aktif di kaca televisyen sebagai penyampai berita di saluran Bernama News Channel.  Sejak bergelar ibu tunggal, Norish terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada empat orang anaknya yang semakin dewasa. Namun, pelakon berusia 43 tahun ini masih tabah dalam membesarkan anak-anaknya dengan kudratnya sendiri.  Selepas beberapa tahun ‘menghilangkan diri’ daripada industri hiburan, muncul pula spekulasi yang mengatakan pelakon ini tidak lagi mendapat tempat dalam industri.  Namun, gosip itu ternyata salah sama sekali kerana Norish pernah ditawarkan berlakon dalam drama 40 episod baru-baru ini, tapi terpaksa ditolak disebabkan komitmennya sebagai pembaca berita. “Saya menolak (tawaran berlakon). Baru-

#VIDEO ~ Cikgu Meera - Oh Sayangku (Video Lirik Official)

Image
ARTIKEL BERKAITAN: #ARTIS SMULE ~ CIKGU MEERA DISUNTING JAY PRODUCTION

#ARTIS SMULE ~ Cikgu Meera disunting Jay Production

Image
SELEPAS Khai Bahar dan Wany Hasrita berjaya dicungkil sebagai penyanyi menerusi Smule , kini seorang lagi bakat baharu berjaya diketengahkan menerusi aplikasi muzik karaoke itu.  Cikgu Meera atau nama sebenarnya Nur Ameera Nabila Azmi, 24, yang merupakan seorang guru muzik di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor tidak menyangka video nyanyiannya di Smule menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.  Hasilnya syarikat rakaman Jayy Production turut jatuh hati untuk menyunting ‘Cikgu Viral’ ini sebagai artis mereka dan memberi peluang kepadanya untuk merakam single berjudul ‘ Oh Sayangku’ karya komposer Eddie Hamid manakala liriknya ditulis oleh Nur Hakim.  "Saya sangat bertuah dapat menyanyikan lagu Oh Sayangku ciptaan Eddie Hamid yang mula dilancarkan pada 6 Okt lalu, kerana bukan sahaja komposisi melodinya indah, malah liriknya juga sangat mendalam.  "Lagu ini mengisahkan seorang wanita yang meninggalkan teman lelakinya untuk menjalinkan hubungan bersama lelaki lain, namu

#PRIHATIN ~ Megat Nordin terlantar sakit bengkak hati

Image
Megat Nordin menerima kunjungan Muhammad di rumahnya.   KOTA BHARU - Pendikir tersohor Megat Nordin kini terlantar menderita menghidap penyakit bengkak hati dan perutnya dikatakan semakin membuncit.  Megat Nordin atau nama sebenarnya, Nordin Yusoff berusia 56 tahun yang dikesan menghidap penyakit kronik tersebut sejak setahun lalu itu kini berehat di Kampung Chepa ditemani keluarga tersayang.  Berkongsi penderitaan penyakit yang tanggung pendikir bersuara emas itu, isterinya, Khoirulnisa Mad Dioh berkata, dalam tempoh seminggu ini kesihatan suaminya itu semakin merosot.  “Sejak bulan Ogos lagi dia nampak tidak sihat, kaki bengkak, tapi sejak akhir-akhir ini keadaan dia makin nampak lemah, dia juga semakin kurus.   “Dulu kami bawa ke Hospital Jertih, dan doktor bagi tahu perut semakin bengkak, selepas itu kami buat keputusan rujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. Doktor sahkan ada penyakit bengkak hati,” katanya kepada media hari ini.  Terdahulu, keluarga peserta Kilauan Emas 201

#ROMANTIK ~ Sejak Hamil, Datuk K Akui Siti Semakin Manja

Image
KETIKA seluruh nusantara meraikan berita kehamilan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza selepas 11 tahun berumah tangga, fokus ditumpukan kepada suaminya pula kali ini.  Akui Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, isterinya semakin manja dan gemar ‘berkepit’ sepanjang empat bulan pertama mengandung, namun katanya, sikap manja Siti itu tidaklah menjadi satu beban untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: #TAHNIAH ~ DATUK SITI NURHALIZA SAH HAMIL 4 BULAN  Kongsi Khalid lagi, isterinya akan sering menanyakan di mana dirinya jika beliau pulang lewat sedikit daripada pejabat dan sentiasa inginkan lelaki itu dekat dengan dirinya. “Siti memang manja, malah itu sifat semula jadinya. Cuma, sejak hamil, saya perlu memberikannya lebih perhatian kerana Siti sukar berenggang dan tidak mahu kami berjauhan terlalu lama.   “Jika keluar bekerja, pada jam 4 petang, Siti pasti akan menghantar pesanan bertanya saya di mana. Bagi saya, itu perkara biasa terutama bagi seseorang yang sedang melalui fasa baharu dalam diri.   “Ket

#TAHNIAH ~ Pelakon Amyra Rosli, Amar Baharin timang anak lelaki

Image
PELAKON Amyra Rosli dan Amar Baharin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira 12 tengah hari semalam.  Amyra dan Amar saling berkongsi berita kelahiran putera mereka di laman Instagram dengan memuat naik foto tangan bayi berkenaan.  Foto tersebut diiringi ucapan syukur dan doa memohon perlindungan untuk anak mereka. "Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulis Amyra.  Amyra merupakan puteri kepada Rosli Awang, Timbalan Ketua Jurufotografi, Meja Foto Bernama. Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016.  Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata Amyra bersalin secara normal pada 12.07 tengah hari selepas dimasukkan ke Prince Court Medical Centre di sini pada 12 tengah malam.  Beliau turut melahirkan rasa gembira atas kelahiran cucu sulungnya itu.  “Alhamdulillah semuanya selamat berkat doa daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat Amyra dan Amar," katanya. – Bernama

#TAHNIAH ~ Datuk Siti Nurhaliza Sah Hamil 4 Bulan

Image
Sah! Penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin hamil.  Pengesahan itu dibuat di kediaman beliau di Ampang, Selangor. Menurut Siti, kandungan beliau sudah berusia empat bulan.  Berita baik tersebut dikongsi oleh Siti selepas majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara tertutup di kediamannya yang dikongsi bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan beberapa orang anak mereka.  Sebelum itu, kira-kira jam 8.45 malam, Siti memuat naik entri di Instagram untuk memberitahu tentang pengumuman tersebut.  Menerusi sesi ‘live’ tersebut, beliau juga berkata yang beliau akan membantu wanita yang senasib dengan dirinya.  Siti juga berkata beliau akan berehat dari karier nyanyiannya walaupun ada beberapa komitmen yang perlu dipenuhi beliau.  Spekulasi sudah mula bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu tentang beberapa persoalan terrmasuk perihal peribadi itu.  Siti mendirikan rumahtangga dengan usahawan, Khalid kira-kira 11 tahun lalu dalam satu acara g

#NOSTALGIA ~ Pementasan Kenang 25 Tahun Pemergian Sudirman

Image
GENAP 25 tahun Malaysia kehilangan mutiara seni tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pada tahun ini.  Sebagai penghormatan dan tribute mengenang Allahyarham Sudirman, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan menganjurkan pementasan muzik menerusi One Thousand Million Smiles. Khabarnya, pementasan muzik ini telah dianjurkan pada tahun lalu dan dianjurkan sekali lagi kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Tambahan pula, Sudirman merupakan satu nama yang memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Disebabkan itu juga, Datuk Aznil Nawawi tekad untuk membuat persembahan seakan-akan persembahan Sudirman semasa Majlis Penutupan Sukan SEA KL2017 Ogos lalu.  Menurut laporan BH Online , kejayaan pementasan muzik pada tahun lalu membuktikan lagu dan nyanyian Sudirman masih relevan pada era ini dan sudah pasti akan menjadi sanjungan dan diingati sampai bila-bila.  Finalis Malaysian Idol , Nikki Palikat dan pemenang rancangan realiti NTV7, Audition iaitu Tria A

#TAHNIAH ~ Aishah Akui Kahwin Lagi Lepas 3 Kali Bercerai

Image
RASANYA nama penyanyi lagu Janji Manismu seakan-akan ‘hilang’ daripada industri hiburan tanah air buat beberapa ketika.  Namun, baru-baru ini nama Aishah kembali disebut-sebut apabila membuat kejutan menjadi antara 12 peserta program Gegar Vaganza musim keempat yang akan bermula pada 29 Oktober ini.  Dalam pada itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin mengakui sudah mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas berpisah dengan suami ketiganya pada 2011 yang lalu.  Biarpun begitu, penyanyi ini enggan memberi ulasan lanjut mengenai perkahwinan terbarunya itu.  “Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya dipetik laporan mStar Online.  Mengenai program pertandingan realiti yang disertainya itu, Aishah menyatakan dia mendapat sokongan dan galakan daripada suaminya sendiri. Bagaimanapun, penyanyi ini mengharapkan tiada pihak yang mencampur aduk kerjaya seninya dengan penglibatannya dalam bidang politik kerana menurutnya

#GOSIP PANAS ~ Datuk Jalaluddin Hassan Bakal Naik Pelamin

Image
SELEPAS setahun kehilangan isteri tercinta, Datuk Jalaluddin Hassan kini sudah bersedia untuk menggantikan tempat Allahyarhamah Datin Hasimah Mat Ehsan.   Difahamkan, wanita berusia 44 tahun yang telah berjaya memikat hati Jalaluddin itu merupakan kenalannya menerusi akaun Facebook .  Menurut Jalaluddin, 63, wanita tersebut merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak yang berasal dari Serkam, Melaka dan dikenali sebagai ‘YR’. Amboi, sweetnya!   Perkenalan itu bermula dengan ucapan ‘Selamat Berpuasa’ , kemudian mereka bertemu pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri rakan baik pelakon tersebut.  “Life must go on! Apabila hilang arwah isteri saya rasa hidup saya tiada erti dan pintu hati pun sudah tertutup. Ya, saya sedang mengenali seseorang dan berhasrat untuk memperisterikannya.   “Tarikh masih belum diputuskan lagi, mungkin tahun ini mungkin tahun depan,” katanya yang dipetik daripada Astro Gempak .  Tambah Jalaluddin lagi, bapanya, Tan Sri Hassan Azahari sering menasihatinya agar s

#FILEM BARU ~ Lakonan Zul Ariffin Berjaya, Tak Hirau Dikritik Tak Berbaju

Image
MENGHITUNG hari menantikan tanggal 12 Oktober untuk menyaksikan filem yang ditunggu-tunggu oleh pembaca novel thriller , Tombiruo: Penunggu Rimba .  Bagi penulisnya sendiri, Ramlee Awang Murshid dikatakan sangat berpuas hati dengan hasil lakonan yang telah ditunjukkan oleh pelakon utama, Zul Ariffin yang memegang watak sebagai Tombiruo.  Dia juga menyifatkan watak Ejim itu berada di tahap yang terbaik.  “Ejim merupakan bintang utama dalam Tombiruo. Namun begitu, dalam filem, Ejim lebih banyak berdiam tanpa dialog serta harus memakai topeng.  “Saya sendiri merasakan sukar untuk pelakon merealisasikan watak tersebut kerana Ejim harus memberikan lakonan hebat menerusi bahasa tubuh sahaja,” kata Ramlee kepada Astro Gempak . Ketika ditanyakan mengenai kritikan yang bakal diterima selepas filem ini ditayangkan, Ramlee menjawab dengan tenang dengan jawapannya yang tersendiri.  “Sukar untuk merealisasikan sebuah novel tebal dalam sebuah naskah filem berdurasi dua jam. Dalam novel, segalanya b

#LENSA KAMERA ~ Perkembangan kehidupan terkini anak Michael Jackson

Image
PARIS dan Prince Jackson sudah menempuhi banyak perkara di usia yang sangat muda namun mereka berdua kekal menyokong antara satu sama lain.  Sudah berada di lensa kamera sejak bayi lagi, mereka berterusan diburu paparazi berikutan mempunyai seorang ayah yang dikatakan lagenda pop dalam industri hiburan.  Baru-baru ini, anak kepada penyanyi pop popular, Michael Jackson ini kelihatan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka hujung minggu lalu lapor E News!  Prince memuat naik satu gambar bersama kakaknya ketika menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka,Siggy Jackson iaitu anak kepada salah seorang ahli Jackson Five, Jackie Jackson. "Satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada perkahwinan Siggy Jackson, bersama kakak saya, Paris," tulis remaja berusia 20 tahun itu.  Majlis tersebut diadakan di Jackson Estate, Encino Calif Ahad lalu.  Ternyata hubungan kedua-dua beradik itu akrab apabila Prince sebelum ini turut memuat naik gambarnya bersama Paris menaiki sebuah mo