#PRIHATIN ~ Megat Nordin terlantar sakit bengkak hati
Megat Nordin menerima kunjungan Muhammad di rumahnya.
Megat Nordin atau nama sebenarnya, Nordin Yusoff berusia 56 tahun yang dikesan menghidap penyakit kronik tersebut sejak setahun lalu itu kini berehat di Kampung Chepa ditemani keluarga tersayang.
Berkongsi penderitaan penyakit yang tanggung pendikir bersuara emas itu, isterinya, Khoirulnisa Mad Dioh berkata, dalam tempoh seminggu ini kesihatan suaminya itu semakin merosot.
“Sejak bulan Ogos lagi dia nampak tidak sihat, kaki bengkak, tapi sejak akhir-akhir ini keadaan dia makin nampak lemah, dia juga semakin kurus.
“Dulu kami bawa ke Hospital Jertih, dan doktor bagi tahu perut semakin bengkak, selepas itu kami buat keputusan rujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. Doktor sahkan ada penyakit bengkak hati,” katanya kepada media hari ini.
Terdahulu, keluarga peserta Kilauan Emas 2014 dan mendapat tempat ketiga bagi program itu dikunjungi Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Abd Ghani.
Megat Nordin yang terlibat dalam seni dikir barat sejak tahun 1980 itu popular dengan lagu Tunggu-Tunggu Tok Kelik, Ambo Raso Berkene dan kini masih meniti di bibir peminatnya.[SH]