#SENSASI ~ Dulu Jakim, Kini JPN Pula ‘Sangkut’ Isu Jantina Sajat
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bakal mengambil tindakan lanjut berhubung aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung status jantina sebenar jutawan kosmetik, Nur Sajat. Memetik sumber, difahamkan langkah itu diambil selepas sebuah rakaman video memaparkan perbualan antara penulis tersebut dengan seorang pegawai JPN menjadi tular di laman sosial pada Isnin. Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah memberitahu bahawa setiap aduan yang diterima daripada orang awam akan disiasat. Tak Layan Komen Netizen, 'Rahsia' Sajat Kekal Bahagia Pun begitu, beliau berkata pihak JPN bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini. “JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular. “Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” katanya dipetik Mstar Online.