Elly Mazlein menyangkal dakwaan melakukan pembedahan membesarkan payudaranya. Foto SYAZANA ABD SHUKUR PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bagi membesarkan payudaranya. Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, sebaliknya berkata, buah dadanya kelihatan besar disebabkan ia masih bengkak kerana menyusu badan untuk anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun. "Mana ada buat apa-apa, apatah lagi pembedahan? Payudara saya asli. "Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki untuk mempunyai susu badan dan Alhamdulillah sampai sekarang anak saya masih menyusu badan," katanya. Elly memberitahu dia masih menyusukan anak. Elly ditemui pada sidang media program Mentor Otai yang diadakan pada Selasa. Bekas peserta program Gegar Vaganza itu bakal bertindak sebagai hos pertandingan itu bersama-sama penyampai radio, Haziq Hussni. Dalam pada itu, Elly berkata, dia tidak kisa...
NANA Nurgaya tamat zaman solo sempena ulang tahun kelahirannya Disember lalu. Agak lama menyepi, pihak media dikejutkan dengan undangan ke majlis perkahwinan penyanyi dan pelakon, Nana Nurgaya, 42, dengan pasangannya, Mohd Azwan Muhamad Yusof Teh, 36, di Bangunan Risda, Jalan Ampang, Ahad lalu. Pasangan ini diijabkabul di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak pada 13 Disember tahun lalu sempena tarikh ulang tahun kelahiran Nana. Ketika ditemu bual, penyanyi bernama sebenar Nurgayah Abdullah ini seakan-akan dapat menyelami persoalan yang bersarang di minda pelbagai pihak dan mengakui baru menamatkan zaman solonya. “Saya tak kecil hati dengan tafsiran orang kerana mereka tak tahu perkara sebenar. Ini memang perkahwinan pertama saya selepas bercinta 15 tahun dengan suami. “Biarpun kenal ketika sama-sama belajar di universiti berbeza, jodoh kami lambat kerana masing-masing fokus pada pelajaran dan mengejar cita-cita terlebih dulu. “Usia suami saya 36 tahun, tapi orangnya ...
Rozita enggan layan komen negatif peminat laman sosial. PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menegaskan dia memahami apa yang dilakukan selama ini khususnya mengenai cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung. Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata, dia enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata. ARTIKEL BERKAITAN: #PANAS~Che Ta Dikecam Netizen Kerana Memakai Jeans Koyak Di Lutut Pula "Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini. "Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat... itu yang penting," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Foto yang menerima kritikan di laman Instagram Rozita Che Wan. Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas dikritik netizen gara-gara satu gambar yang dimuat naik di Instagram pada malam Is...