Elly Mazlein menyangkal dakwaan melakukan pembedahan membesarkan payudaranya. Foto SYAZANA ABD SHUKUR PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bagi membesarkan payudaranya. Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, sebaliknya berkata, buah dadanya kelihatan besar disebabkan ia masih bengkak kerana menyusu badan untuk anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun. "Mana ada buat apa-apa, apatah lagi pembedahan? Payudara saya asli. "Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki untuk mempunyai susu badan dan Alhamdulillah sampai sekarang anak saya masih menyusu badan," katanya. Elly memberitahu dia masih menyusukan anak. Elly ditemui pada sidang media program Mentor Otai yang diadakan pada Selasa. Bekas peserta program Gegar Vaganza itu bakal bertindak sebagai hos pertandingan itu bersama-sama penyampai radio, Haziq Hussni. Dalam pada itu, Elly berkata, dia tidak kisa...
PELAKON filem Juvana 2 , Eyka Farhana dikatakan berang apabila namanya dikaitkan dengan sebuah penyebaran video lucah yang viral di laman sosial sejak Julai lepas. Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengakui amat terkejut akan kejadian tersebut. Pelakon ini mula menyedari perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa orang rakan yang ingin mendapatkan kesahihan mengenai video tersebut. “Itu bukan saya…Saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya. “Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain. “Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya memetik mStar Online. Melampau dan sangat memalukan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. Saya masih waras dan belum lagi 'GILA' untuk m...
SEORANG aktres dari Jerman, Manoush, yang berusia 45 tahun, sanggup membahayakan nyawanya sendiri dengan menyuntik bakteria berusia 3.5 juta tahun yang ditemui di Siberia, semata-mata mahu kelihatan muda. Manoush, telah menyuntik ekstrak Bacillus F ke dalam darahnya sejak tiga bulan lalu dan mendakwa bakteria itu menjadikan wajahnya kelihatan muda. Bakteria berkenaan ditemui oleh saintis di barat laut Rusia pada 2009. Bacilus F tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan dan dikatakan jawapan untuk meningkatkan kesihatan dan umur manusia. Sampel mengandungi ekstrak berkenaan telah diberikan kepada Manoush oleh doktor Anatoli Brouchkov, iaitu ketua Jabatan Geocryology di Moscow State University. Suntikan bakteria itu merupakan kaedah terbaru yang digunakan oleh Manoush untuk kelihatan muda selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik sejak 20 tahun lalu. “Kulit saya lembut seperti bayi. Anda tidak boleh melihatnya dalam gambar tetapi jika anda melihat saya an...